AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Saturday, June 30, 2012

kehidupan sebenar. :)

Secara tak sedar hidup aku sudah mula menjadi lebih matang apabila sudah memasuki tempat belajar yg baru dinamakan Kolej (Kolej Matrikulasi Perak). Hidup di kolej biasa saja,sama seperti sekolah berasrama yang lain. Sebenarnya tak banyak berbeza. Cuma masa aku dekat sini lebih banyak dikawal sendiri. Hidup kami disini bebas. Bebas buat apa saja. Disini setiap insan yang datang mendaftar pada hari pertama,masing-masing membawa satu amanah yg harus dipikul dan dijaga dengan baik. Tatkala aku belajar disini,pelbagai duagaan dan cabaran yang harus ku tempuhi.

Antaranya,kawan. Yela,bila dah masuk tempat baru,kita mestilah cari kawan baru. Barulah seronok berkehidupan di asrama. Semakin banyak kawan yg kita ada,semakin bertambah ceria hidup kita di tempat itu. Pada permulaan aku masuk kolej ni,memang susah sebenarnya nk cari kawan.Kawan dari satu sekolah aku dulu masih ada la,cuma jarang jumpa sebab blok asrama lain-lain. Nasiblah aku dapat kawan bilik semuanya baik-baik belaka. Wah,dlm dialek kelate dema kata,suma molek-molek belaka. Ada satu lagi cara yg terbaik adalah dgn bersukan. Seperti biasa la,sukan aku bola sepak. Dari situlah aku kenal seorang demi seorang kawan baru.

Dekat sini agk pelik sikitlah. Budaya merokok tu sebenarnya biasa di kalangan remaja. Tapi kat sini siapa yg hisap rokok je,akan secara automatik akan dapat geng dgn pantas. Seriously,walau pun baru kenal kejap tu juga,kau akan dapat geng masa tu jugak. Mesti ada yg tak paham. Haha,takpela. Abaikan. Pengajarannya nk bagitahu yg kita nk berkawan pun ada cara yang betul. Dengan bersukan pun dapat juga kawan baru. Bukan tak boleh nk merokok,boleh. Siapa aku nk menghalang. Dulu pun aku pun pernah terlibat sama dengan kancah dunia yg tak sehat ni. Mujur aku sedar awal. Alhamdulillah. Orang yg boleh berfikir waras,dia tahu apa tindakan yg betul patut diambil.

Selain tu,belajar dekat kolej matrik ni sebenarnya lain daripada kita belajar dekat sekolah menengah dulu. Kalau dulu dekat sekolah menengah kita bole lepak-lepak,goyang kaki minum nescafe sambil tgk movie dpan lappy. Sekarang ni nk minum secawan nescafe pun agaknya tak sempat. Haha,sempat tu sempat je,nk digambarkan bahawa belajar dekat sini terlalu sibuk dgn aktiviti. Kalau siapa yg malas,memang tak boleh bawa diri lah dalam pelajaran. Hidup kena bersandarkan pada matlamat. Kalau hidup takda matlamat,takda gunalah datang sini bayar beratus-ratus rugi macam tu je. Bagi aku,matrikulasi ni adalah peluang kedua untuk aku menebus kekecewaan dlm exam SPM yg dulu. Oleh itu,janganlah mensia-siakan peluang yang ada di depan mata. Come on Muiz!! Dont give up.

Tipulah kalau aku cakap yang dekat sini takda perempuan cantik. Ramai je lawa-lawa sebenarnya. Hati ingin memiliki tu ada sebenarnya,tapi aku tak meluahkannya buat masa ini. Bukanlah masa yang sesuai aku rasa nk fikirkan pasal benda tu. Ada banyak formula fizik dgn kimia yg kena aku hafal. Inikan pula nk ingat pasal benda-benda mcm ni. Adatlah rasa fitrah manusia ngin memiliki dan mahu dimiliki. Tapi aku kena kawallah benda-benda macam ni dari berlaku dan menganggu fokus aku nk belajar. Harapan ibubapa aku lagi tinggi terhadap aku. Takkanlah nak kecewakan lagi hati mereka. Sudah cukup sudah dengan apa yg berlaku pada masa silam.




Kejayaan Spanyol dalam Euro 2012 akan membuatkan aku lebih bersemangat. :)