AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Tuesday, July 31, 2012

Disebalik Wajah yg Tersenyum


Bismillahirrahmannirrahim.
InsyaAllah,akan aku coretkan sebaik mungkin post ni.

Setiap hari aku dengar pelajar kolej ni merungut. Setiap masa pasti ada yang rasa tak puas hati dengan apa yang mereka hadapi. Contohnya,assignment berlambak-lambak, bertimbun-timbun, lepas tu pula dengan sistem belajar dekat sini yang padatnya lagi. Dari pukul 8 pagi sehinggalah pukul 4 petang,perkara dan rutin harian sama yg berlaku kepada kami dari hari Isnin sehinggalah Khamis. Jumaat kuliah dan tutoran berhenti sampai pukul 12 je. Hari Jumaat tu relaks lagi la. Memang penat,sampaikan otak ni tak cukup nak berehat. Ya,mungkin ada yang cakap, hidup dekat matrik ni susah. Memang aku akuinya sendiri. Tapi kalau kita ikut betul-betul,matlamat dan prinsip yg kita pegang sentiasa kita patuh,insyaAllah kita dapat apa yang kita mahukan.

Kita memang tak selalu dapat apa yg kita inginkan,tapi kita harus kejar apa yang kita mahukan. Corakkan hidup kita dengan pelbagai benda yang boleh buat kita tersenyum. Kadang-kadang manusia ni memang tak tahan diuji. Akan sentiasa ada airmata yang menemani mereka,terutama bagi kaum hawa. (TENSIONable). Akan tetapi,kita harrus ingat, Tuhan itu maha adil. Dia takkan menurunkan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya. Setiap ujian yang dihadapi oleh manusia di muka bumi ini berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Seharusnya kita kena sentiasa berfikiran positif. Jangan cepat mengeluh, anggaplah kita pernah melaluinya suatu masa dulu dan kita berjaya tempuh nya. Kena fikir,orang lain boleh berjaya,kenapa aku tidak? Buktikan kemampuan kita setanding dengan mereka yg berjaya. Bukan tak boleh, tapi BOLEH. Cuma kita saja. Malas sangat. Aku pun sama malas. -.-

Ya,memang betul. Manusia bukannya robot. Memang takkan boleh buat perubahan secara drastik. Tapi sedikit demi sedikit kita berubah,maka perubahan besar akan berlaku dalam diri kita sendiri. Cuba bayangkan,kalau orang yang selalu hisap rokok,dia selalu beli 10 kotak rokok sebulan. Lama kelamaan,dia akan kurangkan 10 kotak rokok kepada 1 kotak. Hari bersilih ganti,1 hari tu dia cuma dapat hisap satu batang rokok je. Dan hari esoknya takda rokok dah yg dihisap,melainkan lolipop ke,choki-choki or pape jela kan. Itu contoh je. Tak kisah lah sape nk terasa pun tapi benda betul. Orang yg tak matang akan marah aku lepas ni. Memang lah betul sape aku nk tegur tu dan ini. Aku cuma sampaikan. Tak perlulah sampai nk marah-marahkan. Haa,cool and steady la.

Manusia tak selalu duduk dekat atas,ada masa dia berada di bawah. Tuhan maha adil. Kadang-kadang kita jatuh,dan Dia mahu lihat kita bangun terus. Bukan duduk lagi merenung kisah silam yang tak berguna. Orang yang tak pernah ada perubahan dalam diri dia adalah orang teramat lah rugi. Nampak tak ape yang cuba aku sampaikan? Ha,maksunya dia tak boleh nak bangun sendiri untuk berjaya. Orang tu cuma mengaharapkan ada orang lain untuk bantu dia dalam memabangunkan diri dia sendiri. Come on pepople,wake up!!. Its not the time to make a dream. Let we make our dreams come true. Berusaha sendiri. Umur dah meningkat dewasa. Seharusnya ada semangat untuk melihat diri kita berjaya.

Ada manusia yang selalu tersenyum. Dia terus tersenyum dan senyum. Riak wajah dia tak menunjukkan apa yang ada disebalik senyuman tu. Ya,kadang-kadang aku pun sama. Berpura-pura menyembunyikan masalah yang ada dalam diri aku dari diketahui orang dengan hanya melemparkan senyuman palsu. Kadang-kadang hati aku pun pernah menangis,sampai kita tak sedar ianya jadi parah. Lalu jadi lah macam-macam. Stres ape semua tu bagai. Tapi dalam diri setiap manusia akan ada satu sikap yang ingin membawa mereka maju ke hadapan. setiap pagi bila aku bangun pagi dan terus ke shower,aku akan fikir harini akan ada sinar dalam hidup aku. Cuma kita tinggal nak gilap sinar itu. Haa,maka akan terkeluarlah sinar senyuman yang sebenar. Tak main tipu-tipu dah. Motivasikan diri kita,hari ini lebih baik dari hari semalam. Ya,kita yang patut mencorakkan segala nya. Okay? hehe,tu jelah nk cakap.

Dah,nak siap-siap pegi kolej. Lain masa aku update lain. Thanks sebab sudi baca. :)
Assalamualaikum.

Saturday, July 21, 2012

Malam Citra Pesona dan Puasa. :)


Aku sempat tangkap gambar dgn seorang puteri yg cantik gila mlm tu.
Dia berasal dari Puchong Selangor. Huhu,aku dgr budak laki kolej ni
dah ramai yg usya dia. Hurm,just be friend la. Jgn berharap.


Malam ni adalah malam makan beradab dengan semua pelajar Dinamika yg terlibat.Memang awesome gila sebab malam ni boleh dikatakan grand gila. Meriah.Tapi ada satu je yang tak best,sebab malam tu tak bole nk tambah makanan.


Ni semua budak kelas aku. Mmg best la dpt kawan-kawan yg happening mcm diorang.

Dan last sekali,selamat menjalani ibadah puasa.
Harap-harap anda semua puasa penuh. :)
Ampun maaf dipinta dari kalian semua.