AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Wednesday, June 15, 2011

cukup sekadar kawan..

Seorang perempuan yang bernama Ilina..panggilan manja nya hanya Ina..aku mula mengenali nya hanya di laman sosial Facebook..dia merupakan salah seorang rakan ku di sebuah sekolah di daerah ni(nama sekolah di rahsiakan)..aku mula terpikat dengan wajah ayu nya yang seakan-akan mirip dgn wajah mat salleh..muka putih,senyuman yang menggoda,membuatkan aku mulai jatuh hati kepada nya..


Sikap mengambil berat terhadap aku membuatkan aku rasa lebih selesa pabila bercakap dengannya..sifat lemah lembut,dengan nada suara yg menyerupai insan bergelar seorang gadis,membuatkn aku lebih tertarik kpd nya..Ina juga selalu mendengar segala keluh kesah hidup ak sewaktu suka dan duka..


Hal ini membuatkan aku lebih menyayangi nya..boleh dikatakan jikalau sesaat tiada khabar dari nya membuatkan aku rasa tidak senang duduk..tapi aku mulai sedar bahawa dia hanya insan biasa..yg hanya mampu untuk muncul di dalam hidup aku buat sementara waktu sahaja..aku mulai akur bahawa Ina bukan lah milik aku sepenuhnya..


Aku tetap berpegang pada pendirian aku bahawa aku akan terus hidup solo tanpa pendamping hidup yang aku mahukan..aku tak mahu pisang berbuah dua kali..cukup hanya kenangan pahit yg dulu berlaku sekali dalam seumur hidup aku..betapa perit dan sakit nya hati aku biarlah aku seorang sahaja yang menanggung nya..aku tak mahu kecewa buat kali yang ke 2..kalau ada jodoh tak akan lari ke mana..hanya keadaan yang menentukan segalanya..


Sebuah ikatan yang terjalin selama ini cukuplah hanya sekadar kawan biasa..hanya itu yang mampu aku ungkapkan daripada sebuah pertemuan..aku pun belum bersedia untuk menggembirakan hati orang lain..hanya mampu untuk hati aku seorang diri..aku juga belum mahu untuk menyakiti hati orang lain..


Ternyata cinta bukan lah suatu perkara yang mudah..dalam perhubungan yang dikenali sebagai percintaan mestilah ada saling mempercayai antara satu sama lain,tak kurang juga saling memahami,dan menyayangi sesama sendiri..

Pesan pada diri jangan tersalah memberi hati:
kepada insan yang tak sudi,
kepada insan yang tak tahu menghargai,
kepada insan yang tak mengerti,

kerana sekali kau memberi,selamanya dia di hati..

kerana sekali kau di lukai,sampai mati tetap kau ingati..

pesan pada diri lagi,berhati-hati dalam memberi hati..
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa
pentingnya NILAI sekeping HATI..

2 comments: