AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Monday, December 19, 2011

Ini kisah hati..


"Is,bangun Is,da subuh ni." Mak memanggilku sayup saja di awal pagi.
Entah kenapa aku rasa sangat liat nak bangun pagi tu. Aku pun menguatkan langkah aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah itu aku menguatkan langkah aku untuk solat subuh. Seperti biasa solat aku di rumah hanya berseorangan tanpa jemaah. Lain pula waktu aku di asrama. Aku di asrama akan solat secara berjemaah. Setelah seminggu aku tamat persekolahan di tingkatan lima dekat sebuah sekolah di sini,perkejaan aku di rumah hanyalah makan dan tidur. Pada waktu petang, handphone menjadi teman aku di kala sunyi dan sepi. Lain pula di asrama,pada waktu petang aku akan keluar bermain bersama rakan-rakanku.

"Is,cepatlah turun makan, lauk dah sejuk ni. Nanti tak sedap pula makan waktu lauk sudahsejuk." Sekali lagi mak memanggilku. Aku turuti sahaja tanpa banyak membantah.

"Ya mak,kejap lagi Is turun lah. Mak makan la dulu. Kesian mak aku,setiap hari aku lah menjadi temannya di rumah. Setelah setahun pemergian ayahku kerana di timpa kemalangan,aku lah yang menjadi tempat bergantung ketika dia susah dan senang. Hati isteri mana yang tak sedih kerana kehilangan suami yang amat disayanginya. Mak mengahrapkan aku agar berjaya menjadi seorang juruterbang yang berjaya.

Suatu pagi,aku menemani makku pergi menjual kuih di gerai berhadapan perumahan kami. Selama ini mak lah yang menanggung segala perbelanjaan aku di sekolah. Mak begitu gigih mencari sumber kewangan buat menyara diriku dan dia. Dalam perjalanan kami ke gerai tersebut, mak telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan. di sebabkan kemalangan itu,mak telah lumpuh. Sekarang aku yang terpaksa menyara keluarga. Tapi pekerjaan apa yang ble ku lakukan untuk menyara sebuah keluarga ini.

Pada suatu petang,handphone aku berbunyi menandakan dapat sebuah panggilan dari seseorang yang tidak ku kenali. Bingkas aku mencapai handphone ku lalu menjawabnya.

"Hello,ni Iskandar ke?"tanya seorang perempuan yang tidak ku kenali.
"Ya,ni Is. Siapa di sana?" bertanya ku untuk mendapatkan jawapan.
"Oh,Is,ni Mira la. Kenal lagi tak?" Dia menjawab pertanyaan ku dengan baik sekali.
Kemudian aku mengingatkan kembali dalam kamus hidup aku akan insan yang bernama Amira. Ya,baru aku ingat, dia adalah anak angkat ayah ku dahulu. Kini telah bekerja sebagai sebuah bank.

Mak aku telah dipelawa untuk tinggal bersama Mira di Kuala Lumpur. Baiknya hati Mira kerana sanggup menjaga ibuku walaupun sibuk bekerja. Manakala aku telah menyambung pengajian ku di luar negara. Setelah 6 tahun aku menamatkan pengajian ku di luar negara, aku telah ditwarkan bekerja di sbuat syarikat penerbangan yang berpengakalan di Amerika Syarikat. Berat hati aku hendak meninggalkan ibuku di tana air.

Baru beberapa hari aku bekerja,satu berita buruk telah ku terima. Mak yang di sayangi telah pergi buat selamanya. Batapa hancurnya hati aku ketika itu. Rasa menyesal kerana tidak dapat berada di sisinya ketika dia hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jatuh berderai air mata aku pada saat itu. Semangat aku lansung hilang.

3 comments:

  1. muiz!tak aci lah..!ni copy paste..:p
    so..aq takde lah sdeyh pon..haha~

    ReplyDelete
  2. mana ada copy la..aku karang sendiri kot..siyez punye:)

    ReplyDelete