AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Wednesday, May 9, 2012

Kehidupan itu indah :)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah,saya masih berkesempatan nak update blog ni. Dah lama tinggal sebenarnya. Takpe,malam ni saya update la habis habisan. Malam ni banyak betul nk cerita. Tapi saya mula satu persatu la. Harap2 mereka yg baca ni berfikiran positif lepas ni. :)

Okey,baru baru ni sudah keluar keputusan UPU ambilan 2012-2013. Alhamdulillah la siapa yg dapat pergi mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tak kesah lah Politeknik ke, Universiti ke. Yang penting rezeki mereka dapat. Bersyukur lah kepada mereka yg dapat,tp yang tak dapat jgn la bersedih. Ya,sesetengah orang yang lemah mungkin akan menangis,meratapi keputusan UPU tu.


"Ya Allah,kenapa la aku tak dapat? Adakah aku ni tak layak? "

Saya tak menangis bila dapat tawu saya tak dapat. Sebab sebelum SPM tu pun usaha saya utk dapat result bagus dlm SPM tak tersampai tahap utk menangis. Chill la. Tuhan itu maha adil. Dia tawu di mana setiap kekuatan dan kelemahan hambaNya. Tapi saya redha dgn ketentuan Illahi. Alhamdulillah,ada rezeki saya utk belajar di matrik. Janganlah sampai mengeluh,tak baik sebenarnya. Rezeki tu Allah dah tentukan untuk semua hambaNya. Tuhan mahu lihat setakat mana usaha kita.

Hidup ni kena banyak berfikiran positif,jgn la negatif je memanjang. Haih,tu la manusia. Selalu macam tu. Tak kesah la belajar dekat mana2 pun sama. Mungkin ada kelebihan dan kelemahan dekat mana2 peringkat. Janganlah fikir sampai macam ni.

"Ouh,aku dpt diploma,amek masa 3 tahun. Rugi la masa macam tu."

"Ouh,aku dpt matrik. susah la dapat belajar setahun je. Nanti risau lepas matrik tak dpt mana-mana."

Come on people. Janganlah terlalu cerewet dalam memilih hidup di masa hadapan. Kelak rugi. Cuba fikir positif :

"kalau lah aku dapat belajar dlm diploma ni,mungkin aku dapat belajar dgn tenang,takde kelam kabut sgt. Masa depan dlm diploma pun dah ada.

"Ni la peluang kedua aku untuk belajar dlm matrik btul2. Akn ku tebus sgala kegagalan aku dkat SPM dgn dpt pointer yg bagus dlm exam semester.

Tapi manusia ni selalu leka,lupa,alpa dgn segala nikmat yg Tuhan bagi.Peluang yang ada disia-siakan begitu saja. Manusia mudah lupa. Bila dah dpt U,mula main2. Tak salah nk main tp jgn la lupe nak belajar. Bukan senang dapat masuk U, org lain ada yg tercicir tak dapat masuk. Malah ada yg tak dpt belajar dlm tingkatan 6 pun. Bila kita berdiri,kita kena ingat dekat mana kita berada. JANGAN BERMEGAH DI DUNIA NI. ALLAH TAK SUKA ORANG YG RIAK,BONGKAK. Yg dapat tingkatan 6,jgn lah patah semangat. Kamu semua masih ada harapn. Tak perlu berfikiran kolot sangat.

"Aduhai,kena pakai baju sekolah balik la"

Tu pun nk kecoh ke? haha,bia la pakai baju sekolah pun. Still handsome dan nmpak lawa kan pakai baju sekolah. Boleh mengorat junior,cewah. HAHAHA,tak2. saya main2 je laa. Bukan senang dah umur 18 tahun still pakai baju sekolah. Yang dah tak pakai mesti rindu zaman persekolahan kan. Haruslah,kerana zaman persekolahan lah zaman saat manis bersama kawan kawan. HUHU,terharu bila tringat kn sekolah dulu. Hmmm. Now,im not a school student. Just get a title as alumni.

Kehidupan itu indah sebenarnya. Sudah disediakan jalan yg terbaik untuk kita turuti. Janganlah sampai salah ikut haluan sampai tersesat jalan pulang. Allah da bagi jalan yg lurus,ikut saja. Tak perlu nk bengkak bengkok sgt la.Kehidupan itu satu perlumbaan.

Orang yang selalu beringat tentang hala tuju hidup nya,akan terus berada di hadapan utk mengejar masa hadapannya yg gemilang. Orang yg selalu leka dan lalai,akan terus terciciran di belakang. Entah la kalau org tu tiba2 tersdar di tengah perlumbaan,masih sempat nk kejar org yg berada di hadapan. Mungkin agak terlewat sebenarnya. Sepatutnya kena sedar dari awal lagi.

Dekat tempat baru nanti kita akan berjumpa dengan kawan baru. Kawan lama kemana? Hilang macam tu je? Terputus juga ke macam org berkapel? HAA?? Ada pernah dengar ke tu ex-friend saya. Tak pernah kan. Sebab sekali kita berkawan,selamanya dia ada lah teman di akhir hayat. Kawan pun ada hati. Jangalah layan kawan tu sebagai org yg tak penting dlm hidup kamu. Mereka malah sebaliknya. Kalau kau tak suka dia berkawan dgn kau,cakap je terus terang. Jangan buat dia mengahrap lebih kpd kau. Dalam persahabatan yg erat,seorang sahabat boleh menangis krana rindu akan sahabatnya. Seriously benda ni berlaku. Mungkin berlaku dekat anda di luar sana atau saya sendiri. Siapa tahu kan. Tapi Allah tahu.

Jadi kepada rakan-rakan yg dapat meneruskan perjuangan di Institusi Pengajian Tinggi,semuga anda berjaya di masa hadapan kelak. Saya tak nak dgr kawan saya masuk pusat serenti atau mana2 je la pusat2 kt negara ni. Jadi la bangsa yg berguna utk negara dlm memartabatkan negara yg berdaulat. Janganlah semua isu negara di politikkan. Semangat cinta akan tanah air sapatutnya berada di dalam diri.

Sekian saja. Assalamualaikum,sampai berjumpa lagi. :)

1 comment:

  1. salam bro..ni mudin..matang la ko ni..tahniah.. gud luck kt matrik ye.. moga diberi yang terbaik dalam hidupmu..

    ReplyDelete