AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Wednesday, May 23, 2012

Kaulah sahabat didunia dan diakhirat.


Kami sentiasa bersama suatu ketika dahulu. :)


Pengalaman dr sebuah kehidupan membawa saya untuk menulis tajuk post ni. Memang menarik untuk dikongsi bersama. Cuma sekadar renungan untuk anda di luar sana. Harap anda gembira membacanya. :)

Dalam usia yg muda, saya dpt merasai pengalaman hidup yg membawa saya ke dunia yg lebih mencabar. Pengalaman hidup mematangkan diri saya. Hidup ni takkan lengkap kalau tak diwarnai dgn kawan-kawan. Tak kira lah kawan dr ceruk mana pun,asal kan dia boleh masuk bergaul dgn kita. Tapi pernah tak seorang rakan tu mengucapkan kata-kata tersebut kepada kita:

"Kaulah sahabat aku didunia dan diakhirat."

Tak banyak orang yg pernah mengeluarkan kata-kata seperti di atas. Ada pun mungkin sekadar bercakap dgn hati yg kurang ikhlas. Makna kata-kata di atas sebenarnya amat besar ertinya. Kalau nk digambarkan memang tak dpt nk dilihat dgn mata kasar. Ianya dpt dirasai melalui hati yg ikhlas dimana kita ingin memiliki sebuah persahabatn yg teguh berdasarkan semangat setiakawan. Mungkin saya ada beribu kawan untuk bergelak ketawa,tetapi saya yakin dlm beribu tu ada segelintir saja yg sanggup menangis bersama saya.

Banyak orang yg macam tu. Hanya mahu mengambil kesempatan diatas kesenangan org lain. Tapi bila kita dlm waktu kesusahan,semua hilang. Malahan sanggup menyorok utk melarikan diri dari dicari. Bila kita dpt banyak duit,semua dok dekat dgn kita. Tapi bila kita dok muflis,semua duk meninggalkan kita. Ya Allah,sedihnya dpt kawan mcm tu. Saya yakin ada yg pernah menangis dan meminta kawannya mendengar tangisan nya. Tatkala kita ditimpa musibah, ada yg menadah tangan agar diminta dikurangkan beban. Ada manusia sampai terduduk kerana tidak tahan diberi kan ujian yg begitu berat. Malah ada manusia yg pernah tersungkur apabila mahu melarikan diri dari beban yg dipikul.

Sangat beruntung sebenarnya bila kita dapat sahabat yg faham akan situasi kita. Malah dia sanggup menolong kita dalam situasi kita sedang mengahadapi masalah. Dlm sepuluh org tu,mesti ada seorang yg peka terhadap keadaan rakannya. Takkan lah dlm sepuluh tu seorang pun takda rasa prihatin terhadap rakannya sendiri. Sedih pula bila seorang rakan tu tinggal kan kita buat selama-lamanya. Dimana kita mahu cari ganti? Nk dapat seorang dlm sepuluh yg benar-benar faham kita teramatlah sukar. Nk dapat kawan yg boleh bergelak ketawa senang saja. Kawan juga memainkan watak yg penting dlm membentuk sahsiah peribadi sesorang itu. Dengan hanya melihat dgn siapa seseorang itu bergaul pun kita boleh tahu bagaimana perilaku seseorang itu. Ibarat kawan tu mencerminkan perilaku diri kita yg sebenar. Merekalah yg mencorakkan kehidupan kita.

Biasanya teman yg rapat akan mempengaruhi tindak tanduk dlm kehidupan kita. Oleh itu,carilah teman yg baik supaya kita sentiasa berada di landasan hidup yg betul. Selalunya mereka inilah yg kita percaya gila-gila. Disaat betul-betul dlm keadaan genting, mereka dtg utk membantu kita. Dlm situasi dia ada masalah dan hanya mampu mendiamkan diri,kita dapat mengagak dan menanyakan masalah dia kpd kita. Malah mereka berasa selesa dgn kita apabila menceritakan segala masalah itu kpd kita.

Kalau setakat nak gaduh sebab benda remeh nk berebut awek ke, baik tak payah. Berhenti dr melakukan benda2 sedemikian. Orang yg matang takkan terfikir utk berbuat hal sebegitu rupa. Mereka takkan gaduh hanya kerana seorang perempuan. Kena terima kau bukan yg terbaik utk si dia. "The best man win". Siapa yg terbaik dialah yg menang. Bunga bukan sekuntum,banyak kuntum kan. So carilah yg lain lebih baik buat kamu. Kita kena redha dia bukan utk kita. Mungkin dia bukan lah terbaik sebnarnya utk kita. "Think Positive is better". Perempuan yg baik dia akan setia kpd lelaki berkenaan. Dan akhir sekali, sahabat didunia dan diakhirat akan mendorong kita utk mencapai kejayaan didunia dan diakhirat. :)


Untung lah saya ada mereka berdua.



Nama dia Ammar Afiq bin Muhd Kamal. He is my brother.
Awsome. I can share a lot of story with him.



Nama dia Anisha Nadjwa binti Mohd Toha Shuheimi. She is my sister.
Haa,dia ni lg la bnyk tlg. HAHA,thanx sis. You help me a lot.

"I only pray you'll never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I'll take your hand and hold it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind "

(Stereo Heatrs Lyrics :)

Susah senang kita bersama. bangun jatuh nya kita pun bersama. Sebagai konklusi,cubalah cari kawan yang boleh dibawa hingga ke akhir hayat. Hargai lah mereka sebagai org yang anda sayang. Ingat,rakan yang baik akan membimbing kita ke jalan yg lurus dan bukan membawa kita ke jalan yg serong.

Sekian saja. Assalamualaikum. :)

7 comments:

  1. Huhu~ Terharunye~ Isk3! :')
    http://fadily.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Huhu,oke. Nti aku baca kau punya blog pulak :)

    ReplyDelete
  3. ak x sngka muiz sgt sentimental. :')
    alamak. nk nanges la plak...

    ReplyDelete
  4. pehh..semat la muiz..sentap aku

    ReplyDelete
  5. oke2,fanit. jgn nangis dulu. huhu ^^,

    ReplyDelete
  6. anep,aku bercerita je doh. haha
    sejak da matang ni lain mcm ckit. :)

    ReplyDelete
  7. pape pon cite ni mmg semat..sayu sbentar )-;

    ReplyDelete