AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Tuesday, December 11, 2012

Aku terima :'(

Hai, salam readers. Nk story pasal minggu ni. Harini hari selasa, then petang td baru je dpt result sem 1. Ya Allah, dpt result tu terus tersentap hati aku. Knapa laa aku dpt result teruk mcm tu. Mmg laa okey sbb save dr jatuh program 2 tahun, dr kena kick. Tapi aku tak puas hati gila. Lpas dpt tu aku terus pkir apa aku nk gtau kt mak bapak aku nti. Huh, 1st person aku call mesti laa Nadia. Aku gtau dia terus result aku bawah 2.5. terukkan bunyinya. Ntahlaa, aku dah cuba buat yg terbaik. Dah tu rezeki yg aku dpt aku terima. aku redha dgn apa yg tlah ditakdirkan. Kalo itu dah bahagian aku, aku terima dgn hati yg terbuka.

Then tadi aku pun beranikan diri call parents aku. Akupun ceritalah pasal result aku. Mak ckp boleh lg, teruskan usaha tu. Belaja betul2. Then time ckp ngn ayah aku terus angis. Aku tak tahan dah waktu ni. Menghampakan harapan ayah je. Aku pun try slow talk elok2. Ayah tanye knapa dpt result teruk sgt, aku pun diam je laa. Then aku dah ckp kt mak td tanak amik bidang pizik dah. Mmg aku lemah gila dlm bidang ni. Aku dah gitau siap2 dah kt mak nk amek kos lain. Pastu ayah call ckp amek la bidang sains sukan. Aku mmg dah target dah sebelum ni nk amek bidang sukan. Juz takda peluang. huhu.

Lepas call ayah tu aku nangis lg teruk.Ya Rabbi, muiz2. Nangis macam budak-budak je. Haaa, peduli apa aku. nk nangis nangis jela. Buat ape nk tahan2 lg kan. Huuu,aku pun call nadia. Nadia pun tenangkan hati aku yg lara ni. Buat masa ni dia lahh yg paling dekat dgn aku pun. So aku bnyk luahkan kt dia je kt sini. Aku nangis sbb aku pikir masa dpean aku tu nti mcm mana. Macam mana nk survive nk create life dgn nadia. Insyaallah. harap2 dia jodoh aku :) tu je yg aku pikir skrg. Lg satu pasal harapan mak bapak. Aku dah tak sanggup lg nk hampakan mak bapak aku lagi. Hurmmmm

K sampai sini dulu. Byebye. Assalamualaikum :)

Friday, December 7, 2012

Life Is Beautiful :)


Day by day, life is so beautiful :)

Hye, assalamualaikum semua. rindu gila nk tulis something dlm nih. Yes, petang Jumaat ni aku ada masa nk update dlm ni, hee :) Hurm, see the title right. Okey, lets go everybody. I will write my sotry here :')

Sebenarnya aku baru je masuk sem 2 ni. Dah 2 minggu kot :) Hoyeahh! :) Happy sgt sebab dpt jumpa roommate aku, haha dgn kawan2 yg lain. Tapi lg happy sebenarnya dapat jumpa Nadya :) I miss her very much:) )1st week aku sampai hari isnin tu dah ada lecture. YA Rabbi, aku tak sedia pape lg kot waktu tu. Dengan buku praktikal tggal kt rumah nya lg, hahaha, kelam kabut jugalah aku cari ahad mlm tu. Nasib roommate aku ada simpan. Okey, 1st day aku dkt sem 2 takda la org ckp mcm kena struggle gila2. So aku pn santai lg sbb mood pun still dlm holiday. Budak KAKOM berapa hari je pun cutinya -.- bagilah cuti bnyk sikit. Budak2 lain pun still tak puas nk enjoy kan, ni kan pulak budak KAKOM. Hmm, tape laa.

Haa,nk habaq mai yg sem 2 ni aku dpt lecturer sume best2 :) Waa, sumpah aku rasa bersyukur sgt sbb cara pengajaran lecturer aku yg baru ni lg best la kalo nk dibandingkan dgn sem lepas. Sume lecturer dlm lecture aku tuka. Bapak best, lecture Pizik aku dpt Sir Mi. Haha, walaupun dia nmpak lembut tp dia ajar best gila. Sumpa ni plg pbest aahh, aku tak penah bosan waktu dia ngajar :) Maths pulak aku dpt Miss Intan. Haha, mula2 dia masuk ngajar aku dah mcm tak suka sbb dia mcm cerewet dgn laki. Tu 1st impression aku bila dia 1st masuk. Yela, mula2 masuk dah garang. Haha, tp sangkaan aku salah beb, dia pun otak senget jugak dgn budak2 pizik. Mmg best, dia LAWAKKK k. Haa, cara pengajaran dia dlm kelas diselangseli dgn cerita hidup dia. Aku suka mcm tu sbb kita boleh hilang ngantuk bile dgr stori dr dia. Rupa-rupaanya dia peminat setia Harimau Malaya. Huhu, tak sgka beb, sbb aritu dia marah kitowang tak sokong Malaysia main -.- Mna ada tak sokong, kmi sokong je. Ape la miss. Huhu :) Kimia pulak aku dpt lecturer org cina. Yg ni aku kurang laa sbb dia tak lancar sgt bhasa melayu dia. Tp tape laa, belaja pun masuk je. Huhu, yg kurengnye Science Compt. Hah, ni tak best la. Bosan kot dia ajar. Puan Mariam nama dia. Slow laa, sbb dia tak masuk dgn kami. Huhu.

Hurm, 2nd day selasa mggu lalu aku pun dpt laa jumpa Nadya :) Awak, saya memang rindu awak gila-gila masa tu :D Haha, ptg tu kami pun jumpa dkt anjung. Dia bagi aku barang and aku pun bg dia barang. Haha, thanks very much awak :) Sya akan jaga elok-elok dan sntiasa pakai :) Lepas juga rindu aku waktu tu :) And aku bnyk spend time dgn dia waktu karnival pelajar minggu lpas. Haa, this is the favourite moment that I wont forget in mylife :) Even bnyk org dah tawu psl kami, just biar laa. Sampai satu masa sume akn tau juga, tak lambat atau cepat je kan. Hmmm, kakak dia pun dah tau psl kami, just harap sume okeyy. InsyaAllah, sye akn jaga awk elok-elok. Sye dah janji dgn Pain takkan sakit kn hati awk :) Bila 2 hidup dah sebati, tak semudah itu utk dileraikan :)


I will take care of you :)

Actually akritu aku cuak gle dgn result final sem aku yg akn kuar tak lama lg. Ada la satu petang tu aku mmg tak keruan gila. Then si dia dtg membantu aku dgr segala keluhan dihati. Thanks awk, sbb selalu ada disamping sye :)aku bukan la kuat mana. Aku perlukan seseorang yg bole rasa dan hayati apa yg aku rasa. Jodoh bkn ditgn kita. Ya betul tp tak slhkan kalau kita yg mencari jodoh kita. Bile kau rase dia adalah yg terbaik dlm hidup kau, berdoalah agar dia adalah jodoh dlm hidup kau buat selama-lamanya :) Buatlah hubungan tu menjadi yg halal dan bukannya yg haram. Allah tahu apa yg kita nak, dia paham, tp janganlah smpai salah cara kita menyampaikannya. :) Hope oneday, bila saya bangun pagi dr tidur, saya akan melihat wajah awak berada di sebelah saya, InsyaAllah amiin :)


Together we stand :)

Apa-apa pun sem 2 ni bakal menjadi penentu hala tuju aku lepas ni. Kalau sangkut yg ni, acane nk kawen dgn Nadya?? Haha, so kenalah stadi betul2 Muiz, jangan hampakan parents dan org yg tersayang. Make they proud with u :)


InsyaAllah satu hari nanti :)




Saturday, November 24, 2012

Sedetik waktu :D


Cinta sentiasa ada dimana-mana :)


Hai, assalamulaikum readers. Sempat lagi aku nk tulih something dlm nih :D Hoyeahh!! :P
Huyoo, cuti sem aku dah nk habis wehh -.- sekejap gila aku rasa. Yela, mana taknya dpt cuti 2 minggu je, mmg sekejap la rasanya. Okey, now cerita aku pun bermula *tarik nafas dalam-dalam*
Cerita cuti aku tak seindah mcm org lain, tak semanis mcm pelajar lain tp aku boleh kongsi dkt sini. Haha, sebenarnya aku bercuti sambil berkhidmat untuk kolej tercinta. Eh apa ni? Ayat mcm keling -.- ahh mampus aahh. Korang paham kan? Hee :D Haa, aku terlibat dgn Karnival Kokurikulum Matrikulasi dkt Changlun Kedah. Bapak best doe dkt sana :D Aku pergi dkt 5 hari juga laa. Dlm karnival ni aku main bola je. Pastu kena sokong team2 lain. Tu jela keja aku dkt sana.


Pergh, yg awesomenya kan ehem nk bangga sikit, dlm karnival tu bola sepak dpt pingat :D hehehe, dpt gangsa je pun. Tapi kira nice juga la sbb dah 10 tahun bola sepak kolej kempunan nk bawak balik pingat. Haa, bkn senang weh. Lawan sume boleh tahan kuat juga. First game grouping kami menang dgn Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, 1-0. Second game menang dgn Kolej Matrikulasi Melaka, 3-0 and the last game grouping kami kalah teruk gila dgn Kolej Matrikulasi Penang, 5-0. Tapi yg last game ni ada 4 org je yg betul2 1st eleven termasuklah aku. Yg lain sume simpanan. Dlm game last ni aku tension gila dow even aku tawu team kami dah layak tuk pegi suku akhir. Dah champ grouping dah pun. Satu team bole nmpak amarah sebenar aku bila dah ketinggalan punya teruk mcm tu. Sorry guys, too emosional. I’m so sorry.


Okey, dah layak suku akhir kami menang lg dgn Kolej Matrikulasi Selangor, 3-0. Then pi semi-final jumpa Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Game last ni kami tumpas 2-0. Takda rezeki, sikit lagi nk menjejakkan kaki ke final. Huhu, takpe la. Nk buat cm mana. Nk cerita, team bola ni yg paling terbaik pernah aku main. Sume ada kelebihan dan kekurangan. Tapi team work tu aku puji sgt2. Bukan senang nk create team yg ada team work bagus mcm ni. Dah la nk buat nya dlm masa tak smpai 4 bln. Aku puji coach, pandai memainkan watak penting dlm team ni. Aku happy sgt bila dgn team ni. Huhu, kekalkan hubungan ni sampai bila-bila :D Dlm carnival ni kontinjen Perak dpt tempat ke-8 keseluruhan. Huish, jatuh gila-gila tu dr tahun lpas dpt 2nd place kot keseluruhan. Tahun ni kurang satu emas je dr tahun lepas. Tahun ni pingat dpt 3 emas, 2 perak, 10 gangsa. Okey la tu, not bad. Banyak team sangkut dkt semi final. Takda rezeki, bole cuba lg tahun depan dkt Penang pulak :D


Merekalah keluarga dan kawan :)


Awk :) Haha, sorry dear. Haritu sye ada terseliuh kn waktu karnival tu. Haa, sye nk bgtau tp serba salah pulak mse tu. Tanak bg awk risau sebenarnya nti awk ta tidur mlm. Hehe. Sye pun rindu awk juga :) rindu sgt-sgt :/ bersaba je utk bertemu awk nti.
Sye akn jaga awk baik-baik. Aritu pun sye dah janji dgn pain takkan sakitkan perasaan awk :) sye pegang kata-kata sye utk awk. Mebi ada sesetengah org ckp laki susa nk tunjuk perasaan kasih dia dkt perempuan yg dia syg. Tapi percaya la laki akn sentiasa
bwk perasaan kasih dia tu kemana saja. Nmpak je laki tu ganas, tp dlm hati dia lembut :) Akan sye ukir nama awk dlm jantung hati sye buat selama-lamanya. *sorry guys jiwang sangat* tpi ape aku kesah, haha. blog aku kot :P hee. In shaa Allah, awk yg terakhir dlm hidup sye. Harini awk balik dr Vietnam, hoyeahhh!! Cepatla awk balik, sye rindu awk tahu. HUHU, pagi-pagi tak seindah tanpa mesej dr awk :/


Saye perlukan awak dlm hidup saye :)

Sunday, November 11, 2012

Manisnya kehidupan itu.





Salam huih, da lama kot tak update blog. Huhu, rindu betul. Bukan rindu betul dah, jadi rindu gila doe. Haha, sekarang aku tenga cuti sem so dpt la aku update blog ni. Gila bapak best budak matrik kan dapat cuti 2 minggu. Err, best ke dpt cuti 2 minggu je?? Hahaha, kire okey la tu kan dpt cuti dr tak dpt langsung :)

Okeyy, now aku pun cerita laa pasaipa aku dok busy sgt dekat kolej tu smpai takdak masa nk update blog ni. Memang tak la nk update kerap kali blog ni dkt sana. Masa aku pack dow. Baru-baru ni aku baru je lepas exam final sem. Gila bapak susah kot terutama subjek kimia paper 2. Rasa mcm nk menangis je jwb soklan tu. Haih, tapi takpe la, aku dah usaha sebaik mungkin utk subjek tu. Aku harap dpt la result yg bagus nti. Insyaallah :) Tuhan selalu ada utk hambaNya. Subjek yg lain okey kot. Tapi menggelabah jugak la subjek fizik dgn maths tu. Yang yakin juz sains komp je. Huhu, tape, kita dah usaha yg terbaik dan seterusnya kerja kita hanya tawakkal. Berserah kpd Dia agar dia berikn yg terbaik untuk kita. Be happy, chill yokk. Hahahaha, just smile :)

Okeyy tu satu. Yang kedua pulak pasai Team Building utk Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM). Lepas abeh je final exam tu terus ada benda tu. Program ni bapak penat dia naahhh kau. Huhu, tak cukup rest doe. Paling bg kesan kat kaki laa. Lenguh,sakit semua ada. Dok berjalan buat aktiviti je -.- Tidur pun tak cukup. Bangun pagi je ngantuk gila. Main point depa buat aktiviti tu utk pupuk semangat team work dlm satu kontinjen ni. Haa, lepas ni tak dgr dah budak bola tu ego ke ape. Aku sepak juga mulut yg ckp budak bola ego ke ape. Ada hari kedua kot program tu, aku kena tegur dgn sorang bdk kawad. Dia ckp budak bola bising wktu mlm cheer-cheer tu. Hoih, pegi mampus la org nk bising waktu cheer pun. Kau sebok kelam ank haram mengapakah? Haha, kan dah terkeluar perkataan tu. Okayy, sorry-sorry ayat kasar. Kalau nk tegur, tegur cara elok. Dgn sapa kau ckp kau kena hormat. Jangan sampai org tak hormat kau even kau ketua kontinjen kepala botak sekalipun. Heh -.-

Okayy stop talking about that. Now talking about her. Masa program KAKOM tu kan aku ckp penat gila kan, haha. Yeah, penat gila kot. Pagi-pagi kena bangun awal gila. Kul 6 bangun, kul 630 kena kumpul dkt astaka kolej -.- bapak awal nk mampus. Tapi naseb baik laa sorang insan ni sanggup kejut aku awal pagi. Pukul 5 sharp dia akan hantar msg dkt aku. “Sayang, bangun”. Auww, so sweet, hahaha. Aku pun reply, okey, sye bangun dah. Tp kan aku bole terlelap balik lps tu. Ya Rabbi, penat punya pasai. Last2 si dia dpt detect aku tertidur balik then dia call. Hee, mase dia kol ni aku terus pick up fon. Waktu ni suara mengantokkkk. Awk ckp suara comel eh. Hahahaha :) Terima kasih sangat kpd insan ni yang sanggup berjaga awal pagi utk kejutkan aku bangun subuh.

Sape dia ni weh? Haaa, semua tertanye-tanyekan. Haha, tak semua la aku akn cerita dkt sini. Biarla aku dgn dia je yg tawu mcm mane kami start berkenalan. Tapi yg pasti aku dah berkawan dgn dia hampir 3 bulan. Woooo, lama jugak laa. Yes, lepas tu aku confess dia dkt yang aku dah jatuh hati dkt dia. Takut dow mula-mula nk confess dkt dia. Tapi Alhamdulillah, dia pun ada juga perasaan tu dkt aku  Aku pun hanya senyum. Huhu, amar ckp biarlah kita bercinta dgn org yg mana dia adalah insan yg terakhir hinggap dlm hati kita. Kalau boleh biarlah hubungan tu tamat dgn satu ikatan yg sah. Dan insyaallah menjadi yg halal di mata Allah. Awak, kalau ada rezeki saya nk buat awak jadi isteri saya. Jadi teman sehidup semati saya. Saya yang mulakan dulu, biarlah saya yg habiskan dengan satu lafaz akad nikah dari wali awak. 3 temujanji yg awak dgn saya lalui haritu adalah yg terbaik pernah saya dapat. Thanks sgt2 awak :) Awak dtg dlm hidup saya buatkan hidup saya lagi berseri, jd lebih meriah. Saya jd lebih bersemangat bila ada awak disisi saya. Ketika aku terjatuh tak boleh nk bangun lesu, si dia dtg membantu aku mendirikan aku semula menjadikan keadaan aku jd lebih stabil. Di situ terukir satu senyuman yg akan kekal abadi sampai bila-bila. Dia manis sangat orangnya. Haha, comel tahu. Sweet mcm cadburry tu :)


Nah, ni utk awak :)



Lastly, here we are. Hope we will happy together forever and after :)


Sunday, October 7, 2012

Harapan Setinggi Awan :)

Hey, assalamualaikum. Waah, dah lame jugak tak update blog ni. Bukan apa,skrg aku tengah sibuk dengan stadi. Masuk harini ada la dalam 2 minggu lagi nak final exam. Huh, cuak pun ada sebenarnya. Okey, ini tentang masa depan aku. Macam mana aku belajar skrang utk dapat result bagus akan memepengaruhi semuanya dlm hidp aku. So haruslah aku bersedia dari sekarang.

Hmm,segunung harapan yang aku pikul dari parents aku. Depa mengharapkan sesuatu yg boleh aku bagi dekat depa. Aku taknak la kecewakan depa lagi. Cukuplah sekali aku buat suatu masa dulu. I know I can do the best for my future life. But I must struggle to get it. Now, its not the time to make a playful with your friends which always laugh at the all time. Think about your future how you want to make a brighter life with 'her'. Macam mak aku selalu cakap, "bila dah ada kerja bagus, semua pompuan nk kat kita", auuuww, mak saya ni memamg pandai betul buat kesimpulan mcm tu. Hahaha, tp memang betul apa yg mak ckp tu. Ya, dlm hidup ni lelaki la yg paling bnyak bertanggungjawab. Takkan dah kawen nanti, isteri pulak yang kena tanggung. Aku takkan biarkan benda mcm tu berrlaku.

Yes, I do I had fall in love with 'her'. Aku mengaku,aku dah jatuh hati, dah jatuh cinta dekat dia. Aku hormat dia mcm org lain. My best friend is my girlfriend. Haa, nampak tak tu. HAHA, bila kita dah kenal someone yg boleh diajak bersembang dan selalu ada disamping kita, secara zahirnya kita dapat lihat hubungan tu tak akan hanya sekadar kawan. Kalau boleh aku nak hubungan ni kekal sehingga ke akhir hayat. Ya Allah, kalau betul dia adalah jodoh aku, kau tetapkanlah dia dalam hati aku. Tidak ada yg boleh pisahkan kami melainkan dari kehendakMu sendiri ya Tuhan. Alang-alang dah menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang aku dah bercinta, biarlah sampai aku kahwen. InysaAllah, sampai ke syurga cinta kita. Aminn. :)

Aku nak buat dia halal bagi diri aku. InsyaAllah,suatu hari nanti :) Sapa tak teringin nak kawen. Takkan la selamanya nk hidup bujang. HUHU, we must get a partner to be with in our daily life. Saat yang paling mendebarkan bg seorang lelaki sebelum dia bergelar suami apabila dia ingin menyambut akad dr wali bg perempuan tu. Fuh~ Dan saat yang paling bahagia bg seorang lelaki apabila dia sah menjadi suami kpd perempuan itu apabila dia dpt mencium dahi isterinya. ;) sangat manis tahu. HEHE, insyaAllah satu hari nanti. Another 5 years, pick up her from works then go to Secret Recipe. We eat together as husband and wife :) But now, let me finish my study first then we can talk a lot about this. Thats all. bye2 :)








Friday, September 14, 2012

Nafas Baru :)


Hey, assalamualaikum semua :) sempat jugak nk update blog ni. Maklumlah, dekat kolej sibuk memanjang sampai takde masa nk online pun. Tweet pun pakai fon. Hee :D

Okey, nafas baru tu tentang ape ye? Ada dua maksud. Firstly nafas lepas kita gosok gigi pagi2 tu kan, haa kan keluar nafas baru yg segar gila tu. Yang kedua, bila kita bangun dr kegagalan dan cuba buat sesuatu yg baru. Pergh! Keluarlah nafas baru dlm hidup :)

Okey, just want to story about my life at the college. Result UPS ritu baru keluar dan aku punya result is bad actually :

English- B,
Science Comp- B,
Chemistry- D
Physics- F!!!!! What the F! laaa woiii.


Hahaha, pointer pun berapa je pun. Then bila balik rumah parents tanya pasal result so I told the truth. Tak baik menipu k. My mom get worry about my study. Hmm, sorry mom. Next time I'll do better than this! :) Yela, mak mana tak risau pasal anak dia kan. Dah la stadi dekat matrik. Setahun je kot masa yg aku ada nk pulun semua. Muiz,muiz. Hari first aku dkt KMPk ada senior aku yg lepas dah nasihat, jgn malas sgt. Hidup matrik ni kena rajin. Bayangkanlah dia ckp, siapa yg rajin dialah yg berjaya. Haa,nampak tak tu. So aku pun kena la rajin starting from now. Sedarlah muiz. Masa depan kau tak tentu lagi ni. Mcm mana nk bina hidup dgn bini aku nti kalau dkt matrik pun da sangkut.

Hidup aku busy gila weh. Sumpah penat. Petang tu ada train bola lg. Haa,ni nk gtau ni. Dah 3 kali match friendly, alhamdulillah semua game tu kami menang. Sebab bola jugak la aku tak boleh fokus. aku banyak main doh. Hmm,sampai membe aku pun tegur, "ang mmmg nk main bola terus ke dlm hidup". Gila ke apa punya soalan. Haa,aku pun jwb yg aku just main bola suka-suka. Pelajaran lg penting kan. Kalau tak mmg tak dpt la kerja bagus kan. Acane nk duk dlm office yg ber-aircond pe sume tu kan kalau asyik duk ingat main je. MUIZ,sedar sikit. Masa depan dkt tgn kau.

Dah sedar kan, okay. Ada lg 5 minggu sebelum PSPM. Aku kena cover semua stadi aku. Bola tu letak tepi dulu. Main waktu petang, malam kena stadi. Pasal benda lain tu err. Just focus dulu la stadi. Haih, jaga hati tu elok-elok. Kalau tak bersedia jgn terburu-buru. Biar masa yg menentukan segalanya k. Tipu la kalau aku takda hati dkt seseorang. Just taknak la benda ni kacau dulu. Ada masa kita kena fikir soal hati. Tapi ada masa kita kena berhenti mencari. Cinta itu akan datang sendiri. Percayalah. Hahaha,ingat pulak dkt dia tanya pasal tu. Okey stop :P

Sampai sini je la. Haha,k bye. Salam, off! :)

Friday, August 24, 2012

Raya dan Sesuatu :)

Hai :D Assalamualaikum semua:) Alhamdulillah,sempat lagi aku nk post something dlm blog ni. Haha,its about my ‘raya’ tahun ni. Tahun ni punya raya tersangatlah best. Tapi ada juga yg tak best. Aku share dlm ni je la. Enjoy :D


Ni gambar family saya :) I love them very much :D

Hari raya pertama aku beraya dekat rumah sedara belah bapak aku. Haritu agak penat sebab dari pagi tu berjalan sampai ke tengah malam. Pagi tu mula-mula mcm biasa la makan-makan pe sume then minta maaf dengan parents. Waktu salam nk minta maaf tu rasa sedih sangat2 sbb dah besarkan so teringatlah dosa-dosa yg dah aku buat dkt mak bapak aku dulu. Sudah berapa kali aku duk kecewakan depa. I’m sorry ma,pa. Mengalir air mata aku pagi raya tu. Huhu :’(

Then solat Hari Raya Aidilfitri. Lepas tu barulah aku dgn family gerak pegi Trolak. Dlm dua jam cmtu dah sampai rumah sedara. Belum sempat aku makan sikit pun kuih raya dekat rumah tu,mak aku dpt call dr mak sedara aku blah mak aku yg atuk sedara aku meninggal pagi raya tu. So sad :( Okey,nk buat mcm mane, takdir sudah menentukan segalanya. Yang pergi tetap pergi meninggalkan kami disini. Hidup perlu diteruskan walau macam mana keadaan sekalipun. After Trolak, next destination is Kuala Lumpur. Huh, it was a long journey. Dah sampai KL,raya mcm biasa. Okey,sampai rumah pun tengah mlm,sempat juga la aku text dia. Bedtime story wajib kot sebelum tidur. Kalau tak, tak lena tidur aku :P

Raya kedua duduk rumah je tunggu orang dtg beraya. Raya kedua ni pun penat juga sebab kena layan banyak gila tetamu yang dtg. Tak kesah la nk dtg pun,nama pun beraya kan. Then esoknya pun sama sampailah hari raya keempat. Hari raya kelima barulah aku beraya dgn kawan2. Pagi tu aku dgn anak Ismail (Hafiz) bersiap nk gerak pegi Gopeng,rumah Cik Mazrina. Pagi tu juga aku drive nk pegi rumah Cik Mazrina ni :). Haha. Dia tua setahun dari aku. Alhamdulillah, sampai juga hajat nk dtg beraya rumah dia. Huhu. Lepas beraya tu kami berdua gerak pergi Taiping. Yang ni perjalanan dia bapak jauh. Aku yg drive ni sampai dah tak larat kot. Sampai Taiping okey lagi la, ni nak pegi Selama tu. Tempat dia ya Allah,pedalaman sungguh -.- Taubat,lepas ni tanak pegi dah. Sekali sekala tu okey la kan,nk pi selalu mintak maap le. Teman tak lalu dah. Akhirnya sampai juga rumah awek Hafiz dekat Selama tu. Ha, dia ape lagi,bkn main syok. Aku la yg bnyk diam,taktau nk sembang ape. -.-

Okey,then lepas tu pegi raya rumah kawan aku (Rubi Hasman). Mcm kakak pun ada sebab tua setahun je dr aku. Dekat Selama juga,nasib baik rumah dia dekat je dgn rumah awek Hafiz tu. Yeayh,yg dekat sini best la sbb aku tak penah smpai pun rumah dia,tapi Alhamdulillah sampai juga. Huhu,terharu kot. Dia yg ajak datang beraya rumah dia. Haa, so aku perkenankanlah hajat dia. Dah berapa tahun tak jumpa. Yg paling syok bila dpt jumpa dengan Yus,kapten bola sekolah masa aku form4 dulu. Haha kebetulan Yus mai dtg rumah Rubi nk beraya sekali. Alhamdulillah la dpt jumpa semua waktu raya tu. Huhu.

Dlm setengah jam dekat rumah Rubi, kami pun gerak pi Taiping. Nk jumpa batch aku dulu. Ramai juga yg kuar pegi beraya. Tapi kebanyakannya sume boys. Girls? Alahai sikit sangat. Depa dah pi beraya rumah 2 org cikgu. Aku tak sempat nk ikut,tp last rumah cikgu yg depa dtg beraya aku sempat ikut. Haha,dah lama kot tak jumpa kawan2 sume tu. Rindu gila. Alhamdulillah,sempat juga dtg beraya rumah cikgu. Dapat jumpa kawan-kawan lagi. Huhu. Malam tu kami lepak dkt Taiping Sentral sat,depa nk tgk movie tp aku tak join la. Movie mesti habis lmbat punya. Aku nk smapai rumah mesti tengah mlm. Tanak la drive tenga mlm,takut. Dah lah jauh,jalan sunyi pulak tu. Ha,akhirnya aku smpai rumah pukul 12 cmtu. Alhamdulillah,sampai dengan selamatnya. :)


Ni gambar masa raya dekat rumah Cikgu Zahari.
Sume membe2 dah hensem2 belaka. Cewah :P

Sesuatu yg dirasa. Apa dia eh? Hmmm, entahlah,aku pun taktau nk ckp ape. Hidup ni kadang-kadang tak lengkap tanpa sesuatu yg perlu mcm cinta. Okey bye :P Nanti hidup tu kosong. Perlu diisi juga sebenarnya. Dont hope to much,it will hurts so much. Biar kita berkawan dulu. Berkawan biar beribu berkasih biar satu. Setia pada yg satu okeyy. :D Cinta platonik akan terjadi dgn sendirinya bila hubungan kawan tu rapat dan timbul rasa cinta diantara satu sama lain. Akan nampak lebih comel dan bertahan lebih lama sebab kita sudah kenal pasangan kita.


Gambar ni errr nampak comel. Sorry bos,sye ambil awk punya :DD

Sampai disini saja. Assalamualaikum.