AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Wednesday, May 23, 2012

Kaulah sahabat didunia dan diakhirat.


Kami sentiasa bersama suatu ketika dahulu. :)


Pengalaman dr sebuah kehidupan membawa saya untuk menulis tajuk post ni. Memang menarik untuk dikongsi bersama. Cuma sekadar renungan untuk anda di luar sana. Harap anda gembira membacanya. :)

Dalam usia yg muda, saya dpt merasai pengalaman hidup yg membawa saya ke dunia yg lebih mencabar. Pengalaman hidup mematangkan diri saya. Hidup ni takkan lengkap kalau tak diwarnai dgn kawan-kawan. Tak kira lah kawan dr ceruk mana pun,asal kan dia boleh masuk bergaul dgn kita. Tapi pernah tak seorang rakan tu mengucapkan kata-kata tersebut kepada kita:

"Kaulah sahabat aku didunia dan diakhirat."

Tak banyak orang yg pernah mengeluarkan kata-kata seperti di atas. Ada pun mungkin sekadar bercakap dgn hati yg kurang ikhlas. Makna kata-kata di atas sebenarnya amat besar ertinya. Kalau nk digambarkan memang tak dpt nk dilihat dgn mata kasar. Ianya dpt dirasai melalui hati yg ikhlas dimana kita ingin memiliki sebuah persahabatn yg teguh berdasarkan semangat setiakawan. Mungkin saya ada beribu kawan untuk bergelak ketawa,tetapi saya yakin dlm beribu tu ada segelintir saja yg sanggup menangis bersama saya.

Banyak orang yg macam tu. Hanya mahu mengambil kesempatan diatas kesenangan org lain. Tapi bila kita dlm waktu kesusahan,semua hilang. Malahan sanggup menyorok utk melarikan diri dari dicari. Bila kita dpt banyak duit,semua dok dekat dgn kita. Tapi bila kita dok muflis,semua duk meninggalkan kita. Ya Allah,sedihnya dpt kawan mcm tu. Saya yakin ada yg pernah menangis dan meminta kawannya mendengar tangisan nya. Tatkala kita ditimpa musibah, ada yg menadah tangan agar diminta dikurangkan beban. Ada manusia sampai terduduk kerana tidak tahan diberi kan ujian yg begitu berat. Malah ada manusia yg pernah tersungkur apabila mahu melarikan diri dari beban yg dipikul.

Sangat beruntung sebenarnya bila kita dapat sahabat yg faham akan situasi kita. Malah dia sanggup menolong kita dalam situasi kita sedang mengahadapi masalah. Dlm sepuluh org tu,mesti ada seorang yg peka terhadap keadaan rakannya. Takkan lah dlm sepuluh tu seorang pun takda rasa prihatin terhadap rakannya sendiri. Sedih pula bila seorang rakan tu tinggal kan kita buat selama-lamanya. Dimana kita mahu cari ganti? Nk dapat seorang dlm sepuluh yg benar-benar faham kita teramatlah sukar. Nk dapat kawan yg boleh bergelak ketawa senang saja. Kawan juga memainkan watak yg penting dlm membentuk sahsiah peribadi sesorang itu. Dengan hanya melihat dgn siapa seseorang itu bergaul pun kita boleh tahu bagaimana perilaku seseorang itu. Ibarat kawan tu mencerminkan perilaku diri kita yg sebenar. Merekalah yg mencorakkan kehidupan kita.

Biasanya teman yg rapat akan mempengaruhi tindak tanduk dlm kehidupan kita. Oleh itu,carilah teman yg baik supaya kita sentiasa berada di landasan hidup yg betul. Selalunya mereka inilah yg kita percaya gila-gila. Disaat betul-betul dlm keadaan genting, mereka dtg utk membantu kita. Dlm situasi dia ada masalah dan hanya mampu mendiamkan diri,kita dapat mengagak dan menanyakan masalah dia kpd kita. Malah mereka berasa selesa dgn kita apabila menceritakan segala masalah itu kpd kita.

Kalau setakat nak gaduh sebab benda remeh nk berebut awek ke, baik tak payah. Berhenti dr melakukan benda2 sedemikian. Orang yg matang takkan terfikir utk berbuat hal sebegitu rupa. Mereka takkan gaduh hanya kerana seorang perempuan. Kena terima kau bukan yg terbaik utk si dia. "The best man win". Siapa yg terbaik dialah yg menang. Bunga bukan sekuntum,banyak kuntum kan. So carilah yg lain lebih baik buat kamu. Kita kena redha dia bukan utk kita. Mungkin dia bukan lah terbaik sebnarnya utk kita. "Think Positive is better". Perempuan yg baik dia akan setia kpd lelaki berkenaan. Dan akhir sekali, sahabat didunia dan diakhirat akan mendorong kita utk mencapai kejayaan didunia dan diakhirat. :)


Untung lah saya ada mereka berdua.



Nama dia Ammar Afiq bin Muhd Kamal. He is my brother.
Awsome. I can share a lot of story with him.



Nama dia Anisha Nadjwa binti Mohd Toha Shuheimi. She is my sister.
Haa,dia ni lg la bnyk tlg. HAHA,thanx sis. You help me a lot.

"I only pray you'll never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I'll take your hand and hold it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind "

(Stereo Heatrs Lyrics :)

Susah senang kita bersama. bangun jatuh nya kita pun bersama. Sebagai konklusi,cubalah cari kawan yang boleh dibawa hingga ke akhir hayat. Hargai lah mereka sebagai org yang anda sayang. Ingat,rakan yang baik akan membimbing kita ke jalan yg lurus dan bukan membawa kita ke jalan yg serong.

Sekian saja. Assalamualaikum. :)

Sunday, May 13, 2012

hati seorang manusia :)

Selama hari ini memang tiada siapa yang tahu apa yg terkandung dlm hati seorang insan yang bergelar manusia. Tak kiralah warna kulit nya berbeza dari kita. Kadang-kadang orang silap tafsir dgn mengatakan seseorang itu berdsarkan warna kulit nya dan perbezaan dari segi agama.

Disini saya hanya sekadar berkongsi pengalaman hidup. Hanya untuk sekadar renungan dan hanya untuk dikongsi bersama anda yg berada di luar sana.

Ceritanya bermula sewaktu saya mula-mula mendapat kerja sebagai seorang pencuci kereta. Yela,hanya tu saja kelayakan yg saya ada buat masa ni. Masa hadapan saya mungkin berubah menjadi taukeh Carwash tu pula kan. HAHAHA,oke. sekadar selingan je tu. Sambung balik cerita td. Dalam kerja carwash tu ada 3 orang je pekerja. Saya,Ammar dan Vijay. Hanya Vijay seorang saja yg non-muslim. Saya merupakan pekerja baru. Ammar dan Vijay org lama dlm carwash tu. So Vijay la yang banyak beri tunjuk ajar kpd saya dlm proses saya mula-mula kenal nk buat kerja macam mana.

Saya bekerja untuk mencari pengalaman. Macam mana org yg susah nk cari duit untuk makan sesuap nasi, begitu juga la saya ingin merasainya. Memang penat bekerja sebagai pencuci kereta ni. Saya dengan Ammar selalu mengeluh penat. Banyak kereta nak kena cuci,tambah pulak yg hantar kereta stok kotor gila. Tu memang penat la nk sental habis-habisan. Tapi Vijay tak,dia lain dr yg lain. Dia tak pernah mengeluh ke ape ke. Dia buat saja kerja dia. Tekun gila. Kadang2 kalau waktu tengahari kami rehat,dia tak rehat pun. Saya dgn ammar rehat tengahari selalunya balik rumah terus makan. Tp vijay tak,dia makan dekat kantin carwash tu je. Makan minum dia dekat situ semua percuma.Beruntung la dia.

Pada satu hari Vijay menceritakan pengalaman dia dkt saya dan Ammar. Macam mana dia jujur dengan kerja nya. Begini,bos carwash saya tu pernah tinggal duit sebanyak RM 1000 dekat atas meja dia. Banyak sgt tu. Lalu vijay pun memulangkan duit tu kpd bos. Dengan selamba je Vijay ckp,

"bos,tanak kira duit tu dulu ke? mana tawu kot ta cukup."

"eh,tak payah kira la. Saya tawu awak pekerja jujur. Nah seratus,amek la"

Tu dia,rezeki Vijay dpt RM 100 mcm tu je. Bos bagi sbb dia jujur dan baik hati dgn memulangkan duit dia yg sbgitu banyak tu. Sape sangka kan dia dpt seratus tu. Vijay pun kalau boleh tanak duit tu,dia nk buat ape pun. Huhu :)
Vijay pernah ckp dekat carwash tu banyak kes kecurian pernah berlaku. Macam-macam benda berharga hilang. Stok bateri kereta yg dah rosak tu pun ada orang smpai hati nak balas. Apa punya manusia la kan. Haih,dunia-dunia. Vijay dapat mengesyaki orang yg curi tu tp tanak la dia tuduh sape2.

Dalam kami bekerja tu,terselit hubungan PERSAHABATAN yg akrab. Bila habis kerja je,petang tu mesti ada diantara kami yg akan belanja makan. Haa,saya dgn Ammar bukan lah yg jenis suka berkira. Nk makan ape je mintak la,ada rezeki makan je la. Puas kot buat macam tu. Vijay pun jenis yg tak cerewet. haha,tp sireh mesti selalu ada dalam mulut dia tu. Gigi punya la kuat kunyah buah pinang macam tu je. Kalau saya takde la nk makan mcm tu. Huhu,sekarang tiba lah masa saya dgn Ammar mengundur diri dari tempat kerja tu.

Bagi saya pengalaman bekerja hampir sebulan tu amat bermakna. Dapt majikan yang baik hati dan rakan sekerja yg rajin seperti Vijay dan Ammar. Tapi saya mengambil keputusan untuk berhenti bersama Ammar. So kira nya Vijay sorang je la yg terpaksa bekerja sendirian lepas ni.

"vijay,esok saya dengan Ammar nk berhenti kerja,so U kena kerja sorang2 la lepasni."

Muka Vijay dah mula berubah. Nampak air mata dia mula bergelinangan. Saya dah agak dah,mesti dia sedih. sebab lepas ni dah tade org nk ganti tempat kerja kami dua orang. Susah nk cari pekerja dlm masa terdekat ni. Kawan-kawan dah ada yg masuk tingkatan 6. Vijay pun dah mula pening, dia terpaksa pula ajar org baru. Tapi dia sedih sangat sbb kami berenti kerja,takde la nk dpt jumpa kami lg lepasni. Dia dah mula risau,cam mana kerja dia lepasni.

"Vijay,sorry ye. Saya dgn ammar terpaksa juga berhenti. Lepasni kami nk sambung belajar. "


"Ya,saya tau tu. Takpe la.saya cari org lain kerja sama saya ."

Oke,nampak tak cerita ni bagaimana ia berlaku. Allah menentukan hubungan manusia tu tak kira dia bangsa atau agama apakah dia. Malah dia ada hati yg baik dan dapat menunjukkan nilai-nilai yg baik kepada kami. Hanya sekadar renungan bersama. :)

Salam semua. Sampai berjumpa lagi.

Wednesday, May 9, 2012

Kehidupan itu indah :)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah,saya masih berkesempatan nak update blog ni. Dah lama tinggal sebenarnya. Takpe,malam ni saya update la habis habisan. Malam ni banyak betul nk cerita. Tapi saya mula satu persatu la. Harap2 mereka yg baca ni berfikiran positif lepas ni. :)

Okey,baru baru ni sudah keluar keputusan UPU ambilan 2012-2013. Alhamdulillah la siapa yg dapat pergi mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tak kesah lah Politeknik ke, Universiti ke. Yang penting rezeki mereka dapat. Bersyukur lah kepada mereka yg dapat,tp yang tak dapat jgn la bersedih. Ya,sesetengah orang yang lemah mungkin akan menangis,meratapi keputusan UPU tu.


"Ya Allah,kenapa la aku tak dapat? Adakah aku ni tak layak? "

Saya tak menangis bila dapat tawu saya tak dapat. Sebab sebelum SPM tu pun usaha saya utk dapat result bagus dlm SPM tak tersampai tahap utk menangis. Chill la. Tuhan itu maha adil. Dia tawu di mana setiap kekuatan dan kelemahan hambaNya. Tapi saya redha dgn ketentuan Illahi. Alhamdulillah,ada rezeki saya utk belajar di matrik. Janganlah sampai mengeluh,tak baik sebenarnya. Rezeki tu Allah dah tentukan untuk semua hambaNya. Tuhan mahu lihat setakat mana usaha kita.

Hidup ni kena banyak berfikiran positif,jgn la negatif je memanjang. Haih,tu la manusia. Selalu macam tu. Tak kesah la belajar dekat mana2 pun sama. Mungkin ada kelebihan dan kelemahan dekat mana2 peringkat. Janganlah fikir sampai macam ni.

"Ouh,aku dpt diploma,amek masa 3 tahun. Rugi la masa macam tu."

"Ouh,aku dpt matrik. susah la dapat belajar setahun je. Nanti risau lepas matrik tak dpt mana-mana."

Come on people. Janganlah terlalu cerewet dalam memilih hidup di masa hadapan. Kelak rugi. Cuba fikir positif :

"kalau lah aku dapat belajar dlm diploma ni,mungkin aku dapat belajar dgn tenang,takde kelam kabut sgt. Masa depan dlm diploma pun dah ada.

"Ni la peluang kedua aku untuk belajar dlm matrik btul2. Akn ku tebus sgala kegagalan aku dkat SPM dgn dpt pointer yg bagus dlm exam semester.

Tapi manusia ni selalu leka,lupa,alpa dgn segala nikmat yg Tuhan bagi.Peluang yang ada disia-siakan begitu saja. Manusia mudah lupa. Bila dah dpt U,mula main2. Tak salah nk main tp jgn la lupe nak belajar. Bukan senang dapat masuk U, org lain ada yg tercicir tak dapat masuk. Malah ada yg tak dpt belajar dlm tingkatan 6 pun. Bila kita berdiri,kita kena ingat dekat mana kita berada. JANGAN BERMEGAH DI DUNIA NI. ALLAH TAK SUKA ORANG YG RIAK,BONGKAK. Yg dapat tingkatan 6,jgn lah patah semangat. Kamu semua masih ada harapn. Tak perlu berfikiran kolot sangat.

"Aduhai,kena pakai baju sekolah balik la"

Tu pun nk kecoh ke? haha,bia la pakai baju sekolah pun. Still handsome dan nmpak lawa kan pakai baju sekolah. Boleh mengorat junior,cewah. HAHAHA,tak2. saya main2 je laa. Bukan senang dah umur 18 tahun still pakai baju sekolah. Yang dah tak pakai mesti rindu zaman persekolahan kan. Haruslah,kerana zaman persekolahan lah zaman saat manis bersama kawan kawan. HUHU,terharu bila tringat kn sekolah dulu. Hmmm. Now,im not a school student. Just get a title as alumni.

Kehidupan itu indah sebenarnya. Sudah disediakan jalan yg terbaik untuk kita turuti. Janganlah sampai salah ikut haluan sampai tersesat jalan pulang. Allah da bagi jalan yg lurus,ikut saja. Tak perlu nk bengkak bengkok sgt la.Kehidupan itu satu perlumbaan.

Orang yang selalu beringat tentang hala tuju hidup nya,akan terus berada di hadapan utk mengejar masa hadapannya yg gemilang. Orang yg selalu leka dan lalai,akan terus terciciran di belakang. Entah la kalau org tu tiba2 tersdar di tengah perlumbaan,masih sempat nk kejar org yg berada di hadapan. Mungkin agak terlewat sebenarnya. Sepatutnya kena sedar dari awal lagi.

Dekat tempat baru nanti kita akan berjumpa dengan kawan baru. Kawan lama kemana? Hilang macam tu je? Terputus juga ke macam org berkapel? HAA?? Ada pernah dengar ke tu ex-friend saya. Tak pernah kan. Sebab sekali kita berkawan,selamanya dia ada lah teman di akhir hayat. Kawan pun ada hati. Jangalah layan kawan tu sebagai org yg tak penting dlm hidup kamu. Mereka malah sebaliknya. Kalau kau tak suka dia berkawan dgn kau,cakap je terus terang. Jangan buat dia mengahrap lebih kpd kau. Dalam persahabatan yg erat,seorang sahabat boleh menangis krana rindu akan sahabatnya. Seriously benda ni berlaku. Mungkin berlaku dekat anda di luar sana atau saya sendiri. Siapa tahu kan. Tapi Allah tahu.

Jadi kepada rakan-rakan yg dapat meneruskan perjuangan di Institusi Pengajian Tinggi,semuga anda berjaya di masa hadapan kelak. Saya tak nak dgr kawan saya masuk pusat serenti atau mana2 je la pusat2 kt negara ni. Jadi la bangsa yg berguna utk negara dlm memartabatkan negara yg berdaulat. Janganlah semua isu negara di politikkan. Semangat cinta akan tanah air sapatutnya berada di dalam diri.

Sekian saja. Assalamualaikum,sampai berjumpa lagi. :)

Friday, April 20, 2012

Kahwin :)


Dia bagi saya nih. Hahaha





Sementara aku boleh mengisi masa lapang aku dengan bercerita ni,
aku pun cepat2 la pulun kan. Btw,td aku kua ngn ammar g
pasar malam. Haa,teka la apa yg berlaku.

Aku pun menceritakan dekat ammar tentang seorang perempuan nih.
Budak ni amat lah baik,beruntung aku dapat kenal dia.
Cerita perkenalan kami hanya la dlam muka buku. bole la
kalo nak cakap cinta muka buku tu kan. Oke.Sambung.
Aku dpt kenal dia sbb mula-mula sekali dia kerja dekat kedai topup tempat aku. Oke,dia ni suka senyum,so bila pelanggan dtg kedai,dia akan tersenyum dengan sendiri. Dan dia memang ramah dgn orang yg dia kenal. Sampai la da suatu ketika tu aku ternampak dia baru nk mula kerja pada pg tu. Kebetulan pada masa tu orang yang anta dia kerja tu aku kenal. Lepas tu aku pun tawu la yang orang anta dia kerja tu rupenya maksu dia.Haa,so memang aku makin nk kenal la dia sbb aku dahh kenal maksu dia dulu. Kalau nk tawu ,maksu dia ni garang sebab maksu dia tak kasi lelaki dekat dgn dia. Huh,susa tu aku nk knal dia mula2. Last2 aku dapat juga tawu serba sdikit pasal dia ni dr maksu dia. Naseb la maksu dia oke dengan aku.

Oke then,aku pun selalu pegi kedai topup tu dekat dia. Yela,pegi kedai tu je dpt tgk muka dia tiap2 hari. haa,tp tade la aku smpai setiap hari pegi kedai tu kan. GILAAA ke ape. hahaha, oke,pastu ada satu hari selpas result spm kuar,aku pegi kedai dia. Then,dia pun dgn ramah je tanya aku dapt brapa kan. so aku pun jwb la dpt $ tu kan. ahah,aku pun terus la tanya dia dpt berapa spm,then dia pun jwb dpt $. haa,start dr citu aku da berani sembang sikit2 dengan dia. Then,ada satu hari aku pegi kdai dia ternampak dia nga online FB. ops,haha, terus aku tanya dia nme FB dia. Dia pun bg,aku pun balik uma terus laa add dia. Huh,nseb la dia approve. Oke ,pastu aku ckp thanx ar kt dia sbb approve aku as a friend.Then aku dpt chat dia skali,trus mnta num fon. haih ,GATAI nye aku, tp aku nk berkawan je,berkawen tu nti la dulu. aha,nk di jadikan calon tu pun oke juga sbenarnya. tapi mula-mula kawan dulu la kan.

Petang td aku berjumpa dgn dia sbagai tanda persahabatan aku dgn dia. Aku bg dia cadburry blackforest tu. Yang sderhana besar. Mula-mula nk beli yang besar tp da abes la. Haa,sori tau awak,nti sy beli yg lain tuk awak. Dia pun bg aku cadburry juga tp skli dgn ferrero rocher,ahhh. SIOOTTTT nye,segan aku. aku juz bg satu tu je,tp dia siap bagi aku satu bekas ferrero rocher uh, degan GILAAAA. Hahahahahahahaha.tp aku cool je la. Lepas tu aku ckp thanx sbb bg coklat tu. Mesti mahai gila coklat tu kan. aku punya murah je,tp aku bg ikhlas. InsyaAllah. I hope u like that. huhu. Tu la serba sdikit aku cerita peristiwa ni dekat ammmar. ammar pun ckp yg perempuan ni akan mula cepat persaan bila lelaki buat baik dgn depa. ada betoi ka?? haha,aku pun taktau,ammar yg ckp. Haa,tp chill laa. Kalau ada jodoh,saya akan kawen dgn awak. Komitmen utk masa skrg mugkin belum lg,tp hati saya sedang seratus peratus tak dimiliki oleh mana mana perempuan. Sejak peristiwa hitam tu,saya sukar untuk menerima mana mana perempuan dgn mudah. Mungkin awk lain dr yg lain. mudah-mudahan kite bole berkawan smpai bila2. InsyaAllah.

Friday, April 6, 2012

Sad and crying :'(




Malam semalam tiba-tiba air mata aku mengalir sendiri. Haiyo.
Tenga nk tidur tu,tiba-tiba tak bole tidur. Asyik fikir je kan.
Tapi asal sampai kuar air mata tu? Hurmm. Ada benda yg menyentuh
perasaan aku waktu tu. Semuanya.

Pertama,mula-mula pikir pasal kawan.
Kawan-kawan dekat sekola,da lame da aku tak lepak2 dgn depa.
Yang satu geng dgn aku pun da lme ta tgur an,mebi busy ngn keje.
Tape la,depa pun ada kehidupan depa juga. Cuma aku rindu.
Rindu saat2 waktu dekat sekola dulu. Zaman sekolah lah zaman
yang begitu berharga. Zaman yg tak dpt dilupakan smpai bila2.
Dekat situ lah aku kenal macam2 jenis orang.
Tetiba teringat kt sorang budak nih. Budak pompuan.
Weh,kau marah kat aku ke? Aku ada buat salah kat kau ek?
Sorry la. Kalau ada aku mintak maaf sangat2.

Kedua,pasal aku.
Hurm,aku ni cam takda masa depan je. Haih.
Pikir macam2 nk jadi ape. Mcm ape je ntah aku nih.
Aku tawu,dlm dunia ni sume org ada cita2 sendiri.
Haa,berlainan dgn aku. Aku ada, tp bila da besa ni tak
nampak sinar masa depan aku dekat bidang tu. HMM.
Jangan gelak au. Aku teringin nk jd player bola sepak.
Bermain dekat mana2 kelab tempatan la an,dkt luar ngara
konfem2 tak lepas punya. dkt dalam pun tersangkut ag.
Tu la,nk jd saintis,memang tak lepas ahh. Aku tak minat.
Lagipun dekat sekolah aku ta amek sains tulen. HAHA.

Ketiga,pasal parents aku.
Kenapa dgn mereka? Haa.ada cerita nya.
Harapan mereka utk lihat aku berjaya ni dkt menara gading.
Igt senang ke nk pikul harapan tu. Hurm,tp aku akan cuba sedaya upaya.
Tp mak,kalo Muiz nk jd pilot, tape kan? Pilot pun oke.
Muiz akan bawak satu kapal terbang balik umah. Tu hadiah utk mak.
Ammar kan ada dgn Muiz dkt sana nti. Haa,dia bole teman Muiz.
Mak jgn lah risau bila Muiz dekat udara nti,Muiz akn sntiasa igt mak.
Ayah,please support Muiz. Kalo muiz ta dpt study dekat UIA nti,
Muiz mintak maaf ek. Kesian ada org da tlg pun.

Keempat,pasal cinta.
Wah2,ni dah masuk jiwang sikit.
Bila harapan aku nk jd pilot tu,teringat kata-kata Ammar.
"Muiz,bila kita jd pilot nti,ada org sntiasa isau kat kita.
Dia asyk tggu kita balik umah je." Ammar ckap ow.
Bini aku la tu maksud nya. Agak2 bini aku ni bg ke tak aku jd pilot?
I have no idea. Benda tu pikir lama2 pun ta tenang jiwa aku nih.

Sekian coretan saya :(
saya tak menangis dah sbb takda bahu utk saya menangis.

Wednesday, March 21, 2012

Perjalanan Baru ;)





Post ni sambungan dari post sebelum nih.
Oke,gambar kt atas tu bukan result aku :)
Saje letak kan. haha .


Pada 21 Mac 2012,bermulalah sebuah lembaraan baru dalam hidup aku.
Tarikh ini lah yang membawa perubahan besar dalam hidup aku.
Segalanya berubah apabila aku menerima slip keputusan SPM aku.
Aku bersyukur dengan keputusan yang aku dapat.
Walaupun tak seberapa,aku terima seadanya. Aku tak menangis.
Malah aku kuat,terus berazam mahu berjaya di menara gading.
Ya,memang ada rakanku yang menangis,frust, pasal sume nih.
Seperti yg kita tahu,benda yang dah terjadi takkan boleh diubah.
Biarkan ianya berlalu pergi begitu sahaja sebagai kenangan.

* Pagi tu aku bertolak dari rumah pukul lapan suku.
Tepat dekat jam tangan murah aku tu pada masa tu laa. -.-
Semangat nak pegi amek result SPM ni. CUAK DAN TAKUT.
Ya Allah,Kau saja yang tahu macam mana aku pagi tu.
Ayah aku bawa keta laju gile tp tade la smpai gila.
Dah sampai Kuala Kangsar ni. Singgah sarapan jap.
Pergh,pagi tu aku tak lalu nak makan,tp aku habiskan juga.
Sebab tak baik membazir,Allah ta suka orang membazir. ^^,
Lagi pun mkanan sedap,nasi lemak tetiba ada yam goreng.

Pas abes sarapan tu,kami meneruskan perjalanan ke Taiping.
Wah,bandar warisan ni. Ayah aku fokus pada pemanduannya.
Tapi dia silap ambil jalan daa.Dari Padang rengas uh patutnya
straight je,tp dia g amik jalan g highway. Takpe la,
da termasuk dah pun,dah ada depan tol,takleh nk U turn.
Waktu tu pulokk highway kt ctu jam teruk gile.
Ahhh!! aku da tak saba nk ambik result,tibe-tibe cmtu pula jadi.
Sabar2,dalam keta tu ayah bnyak kali mengeluh. Lama sgt kot.
Dengan lori kat depan slow macam siput sedut bagai.
Puncanya ni la,orang JKR nk buat balik jalan tu bg elok.
Haa,lepas pun dr highway tu. haha,Alhamdulillah.

Oke,da sampai depan sekola ku yang tercinta.
Jap,bile aku tulis pasal sekola ni tetiba rasa sayu.
Aku teringat kata2 Lisa dekat wall fb dalam grup.
Haih,aku ase tu la kali terakhir depa yang jauh dtg ke taiping.
Ya Allah,tabah kan hati hamba Mu ini.
Takpe,aku mengorak langkah pegi ke dewan sekolah.
Dah lame aku tak masuk dewan SERATAS. huhu,rindu gile.
Then,aku nmpak rmai kawan aku dalam tu tenga amek result.
Aku pun cari la kelas aku. Nmpak Din,Cok,Aman ngn Ukail.
Depa sume cuak,aku apetah lg cuaknya.
Tapi buat cool dan steady. haha,poyo je lebeh.

Oke,smpai turn aku. Teacher Nurul guru kelas aku.
Aku pun tegur pe sume amek result.
Then bg mak aku result tu. Mak ak agak sdih,aku tawu.
Walaupun aku ta nmpak,tp aku bole rasa sifat keibuan nya:)
Pastu,aku nk jumpe kaunselor tanya pasai result aku.
Tapi malangnya dia takda g jaga olahraga daerah.
Hmm.pastu baru laa aku nk jumpa dgn AA**AA ****.
Malangya aku tak sempat pun nk jumpe dia. ARGhhH!!terkilan.
Sedih agi bertambah bile ta dpt jumpa (adk aku) A****A N****A. huhu.
Takpe,hamba redha. Bukan waktu nya lagi. Sedih, sobs3.
Aku taktau la knape waktu tu,tp dalam kelam kabut la.
aku kene g epo pula pastu. g ospital tgk atuk sdara sakit.




Dekat sekolah tu aku belajar :
=)erti kehidupan
=)erti persahabatan
=)erti percintaan


Sunday, March 18, 2012

sesaat kau datang..


Err,tu tajuk lagu Ramlah Ram. Sedap pula bila aku dengar.

Dalam hati ini dia terasa kesunyian.
Tatkala dia merasakan sekelilingnya senyap tanpa kata.
Tiba tiba datang seorang insan datang menyinari hidup dia buat seketika.
Pada masa tu dia tak sedar bahawa insan itu yang datang hanyalah
hadir buat sementara waktu sahaja.

Hanya untuk mengisi ruang dihati yang telah lama ditinggalkan.
Hidup dia kembali berubah,setiap hari dipenuhi dgn senyuman.
Pada waktu malam,angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan.
Meniup angin rindu insan itu kepadanya.
Akan tetapi tiba tiba sesuatu telah berlaku.

"Praapp!! PaapPPpp!!"

Adus,sakitnya! Lantas dia tersedar.
Mimpinya tadi mmbuatkan dia terjatuh dari atas katil.
Kemudian dia tersenyum sendirian terkenangkan hal tadi.

Hari berganti hari,masa bersilih ganti.
Tukar panggilan yang lebih manja.
Hubungan yang dibina kian akrab demi hati dan perasaan yg kian memuncak.
Habis wang ringgit ditaburkan.
Tidak cukup hanya kasih sayang dibuktikan dengan luahan hati.

Tapi tujuan nya untuk apa?
Hanya mengejar sesuatu yang tak pasti.


*I'm not a good enough to talk about this.
But i can feel it. I realize that the
word love can bring the people into a negative perspective.
Cewah,ayat kelam tat tat ar.
hahaha. k enjoy, smile. :)