AKU :)


Click here for Myspace Layouts

Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

Saturday, November 24, 2012

Sedetik waktu :D


Cinta sentiasa ada dimana-mana :)


Hai, assalamulaikum readers. Sempat lagi aku nk tulih something dlm nih :D Hoyeahh!! :P
Huyoo, cuti sem aku dah nk habis wehh -.- sekejap gila aku rasa. Yela, mana taknya dpt cuti 2 minggu je, mmg sekejap la rasanya. Okey, now cerita aku pun bermula *tarik nafas dalam-dalam*
Cerita cuti aku tak seindah mcm org lain, tak semanis mcm pelajar lain tp aku boleh kongsi dkt sini. Haha, sebenarnya aku bercuti sambil berkhidmat untuk kolej tercinta. Eh apa ni? Ayat mcm keling -.- ahh mampus aahh. Korang paham kan? Hee :D Haa, aku terlibat dgn Karnival Kokurikulum Matrikulasi dkt Changlun Kedah. Bapak best doe dkt sana :D Aku pergi dkt 5 hari juga laa. Dlm karnival ni aku main bola je. Pastu kena sokong team2 lain. Tu jela keja aku dkt sana.


Pergh, yg awesomenya kan ehem nk bangga sikit, dlm karnival tu bola sepak dpt pingat :D hehehe, dpt gangsa je pun. Tapi kira nice juga la sbb dah 10 tahun bola sepak kolej kempunan nk bawak balik pingat. Haa, bkn senang weh. Lawan sume boleh tahan kuat juga. First game grouping kami menang dgn Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, 1-0. Second game menang dgn Kolej Matrikulasi Melaka, 3-0 and the last game grouping kami kalah teruk gila dgn Kolej Matrikulasi Penang, 5-0. Tapi yg last game ni ada 4 org je yg betul2 1st eleven termasuklah aku. Yg lain sume simpanan. Dlm game last ni aku tension gila dow even aku tawu team kami dah layak tuk pegi suku akhir. Dah champ grouping dah pun. Satu team bole nmpak amarah sebenar aku bila dah ketinggalan punya teruk mcm tu. Sorry guys, too emosional. I’m so sorry.


Okey, dah layak suku akhir kami menang lg dgn Kolej Matrikulasi Selangor, 3-0. Then pi semi-final jumpa Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Game last ni kami tumpas 2-0. Takda rezeki, sikit lagi nk menjejakkan kaki ke final. Huhu, takpe la. Nk buat cm mana. Nk cerita, team bola ni yg paling terbaik pernah aku main. Sume ada kelebihan dan kekurangan. Tapi team work tu aku puji sgt2. Bukan senang nk create team yg ada team work bagus mcm ni. Dah la nk buat nya dlm masa tak smpai 4 bln. Aku puji coach, pandai memainkan watak penting dlm team ni. Aku happy sgt bila dgn team ni. Huhu, kekalkan hubungan ni sampai bila-bila :D Dlm carnival ni kontinjen Perak dpt tempat ke-8 keseluruhan. Huish, jatuh gila-gila tu dr tahun lpas dpt 2nd place kot keseluruhan. Tahun ni kurang satu emas je dr tahun lepas. Tahun ni pingat dpt 3 emas, 2 perak, 10 gangsa. Okey la tu, not bad. Banyak team sangkut dkt semi final. Takda rezeki, bole cuba lg tahun depan dkt Penang pulak :D


Merekalah keluarga dan kawan :)


Awk :) Haha, sorry dear. Haritu sye ada terseliuh kn waktu karnival tu. Haa, sye nk bgtau tp serba salah pulak mse tu. Tanak bg awk risau sebenarnya nti awk ta tidur mlm. Hehe. Sye pun rindu awk juga :) rindu sgt-sgt :/ bersaba je utk bertemu awk nti.
Sye akn jaga awk baik-baik. Aritu pun sye dah janji dgn pain takkan sakitkan perasaan awk :) sye pegang kata-kata sye utk awk. Mebi ada sesetengah org ckp laki susa nk tunjuk perasaan kasih dia dkt perempuan yg dia syg. Tapi percaya la laki akn sentiasa
bwk perasaan kasih dia tu kemana saja. Nmpak je laki tu ganas, tp dlm hati dia lembut :) Akan sye ukir nama awk dlm jantung hati sye buat selama-lamanya. *sorry guys jiwang sangat* tpi ape aku kesah, haha. blog aku kot :P hee. In shaa Allah, awk yg terakhir dlm hidup sye. Harini awk balik dr Vietnam, hoyeahhh!! Cepatla awk balik, sye rindu awk tahu. HUHU, pagi-pagi tak seindah tanpa mesej dr awk :/


Saye perlukan awak dlm hidup saye :)

Sunday, November 11, 2012

Manisnya kehidupan itu.





Salam huih, da lama kot tak update blog. Huhu, rindu betul. Bukan rindu betul dah, jadi rindu gila doe. Haha, sekarang aku tenga cuti sem so dpt la aku update blog ni. Gila bapak best budak matrik kan dapat cuti 2 minggu. Err, best ke dpt cuti 2 minggu je?? Hahaha, kire okey la tu kan dpt cuti dr tak dpt langsung :)

Okeyy, now aku pun cerita laa pasaipa aku dok busy sgt dekat kolej tu smpai takdak masa nk update blog ni. Memang tak la nk update kerap kali blog ni dkt sana. Masa aku pack dow. Baru-baru ni aku baru je lepas exam final sem. Gila bapak susah kot terutama subjek kimia paper 2. Rasa mcm nk menangis je jwb soklan tu. Haih, tapi takpe la, aku dah usaha sebaik mungkin utk subjek tu. Aku harap dpt la result yg bagus nti. Insyaallah :) Tuhan selalu ada utk hambaNya. Subjek yg lain okey kot. Tapi menggelabah jugak la subjek fizik dgn maths tu. Yang yakin juz sains komp je. Huhu, tape, kita dah usaha yg terbaik dan seterusnya kerja kita hanya tawakkal. Berserah kpd Dia agar dia berikn yg terbaik untuk kita. Be happy, chill yokk. Hahahaha, just smile :)

Okeyy tu satu. Yang kedua pulak pasai Team Building utk Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM). Lepas abeh je final exam tu terus ada benda tu. Program ni bapak penat dia naahhh kau. Huhu, tak cukup rest doe. Paling bg kesan kat kaki laa. Lenguh,sakit semua ada. Dok berjalan buat aktiviti je -.- Tidur pun tak cukup. Bangun pagi je ngantuk gila. Main point depa buat aktiviti tu utk pupuk semangat team work dlm satu kontinjen ni. Haa, lepas ni tak dgr dah budak bola tu ego ke ape. Aku sepak juga mulut yg ckp budak bola ego ke ape. Ada hari kedua kot program tu, aku kena tegur dgn sorang bdk kawad. Dia ckp budak bola bising wktu mlm cheer-cheer tu. Hoih, pegi mampus la org nk bising waktu cheer pun. Kau sebok kelam ank haram mengapakah? Haha, kan dah terkeluar perkataan tu. Okayy, sorry-sorry ayat kasar. Kalau nk tegur, tegur cara elok. Dgn sapa kau ckp kau kena hormat. Jangan sampai org tak hormat kau even kau ketua kontinjen kepala botak sekalipun. Heh -.-

Okayy stop talking about that. Now talking about her. Masa program KAKOM tu kan aku ckp penat gila kan, haha. Yeah, penat gila kot. Pagi-pagi kena bangun awal gila. Kul 6 bangun, kul 630 kena kumpul dkt astaka kolej -.- bapak awal nk mampus. Tapi naseb baik laa sorang insan ni sanggup kejut aku awal pagi. Pukul 5 sharp dia akan hantar msg dkt aku. “Sayang, bangun”. Auww, so sweet, hahaha. Aku pun reply, okey, sye bangun dah. Tp kan aku bole terlelap balik lps tu. Ya Rabbi, penat punya pasai. Last2 si dia dpt detect aku tertidur balik then dia call. Hee, mase dia kol ni aku terus pick up fon. Waktu ni suara mengantokkkk. Awk ckp suara comel eh. Hahahaha :) Terima kasih sangat kpd insan ni yang sanggup berjaga awal pagi utk kejutkan aku bangun subuh.

Sape dia ni weh? Haaa, semua tertanye-tanyekan. Haha, tak semua la aku akn cerita dkt sini. Biarla aku dgn dia je yg tawu mcm mane kami start berkenalan. Tapi yg pasti aku dah berkawan dgn dia hampir 3 bulan. Woooo, lama jugak laa. Yes, lepas tu aku confess dia dkt yang aku dah jatuh hati dkt dia. Takut dow mula-mula nk confess dkt dia. Tapi Alhamdulillah, dia pun ada juga perasaan tu dkt aku  Aku pun hanya senyum. Huhu, amar ckp biarlah kita bercinta dgn org yg mana dia adalah insan yg terakhir hinggap dlm hati kita. Kalau boleh biarlah hubungan tu tamat dgn satu ikatan yg sah. Dan insyaallah menjadi yg halal di mata Allah. Awak, kalau ada rezeki saya nk buat awak jadi isteri saya. Jadi teman sehidup semati saya. Saya yang mulakan dulu, biarlah saya yg habiskan dengan satu lafaz akad nikah dari wali awak. 3 temujanji yg awak dgn saya lalui haritu adalah yg terbaik pernah saya dapat. Thanks sgt2 awak :) Awak dtg dlm hidup saya buatkan hidup saya lagi berseri, jd lebih meriah. Saya jd lebih bersemangat bila ada awak disisi saya. Ketika aku terjatuh tak boleh nk bangun lesu, si dia dtg membantu aku mendirikan aku semula menjadikan keadaan aku jd lebih stabil. Di situ terukir satu senyuman yg akan kekal abadi sampai bila-bila. Dia manis sangat orangnya. Haha, comel tahu. Sweet mcm cadburry tu :)


Nah, ni utk awak :)



Lastly, here we are. Hope we will happy together forever and after :)


Sunday, October 7, 2012

Harapan Setinggi Awan :)

Hey, assalamualaikum. Waah, dah lame jugak tak update blog ni. Bukan apa,skrg aku tengah sibuk dengan stadi. Masuk harini ada la dalam 2 minggu lagi nak final exam. Huh, cuak pun ada sebenarnya. Okey, ini tentang masa depan aku. Macam mana aku belajar skrang utk dapat result bagus akan memepengaruhi semuanya dlm hidp aku. So haruslah aku bersedia dari sekarang.

Hmm,segunung harapan yang aku pikul dari parents aku. Depa mengharapkan sesuatu yg boleh aku bagi dekat depa. Aku taknak la kecewakan depa lagi. Cukuplah sekali aku buat suatu masa dulu. I know I can do the best for my future life. But I must struggle to get it. Now, its not the time to make a playful with your friends which always laugh at the all time. Think about your future how you want to make a brighter life with 'her'. Macam mak aku selalu cakap, "bila dah ada kerja bagus, semua pompuan nk kat kita", auuuww, mak saya ni memamg pandai betul buat kesimpulan mcm tu. Hahaha, tp memang betul apa yg mak ckp tu. Ya, dlm hidup ni lelaki la yg paling bnyak bertanggungjawab. Takkan dah kawen nanti, isteri pulak yang kena tanggung. Aku takkan biarkan benda mcm tu berrlaku.

Yes, I do I had fall in love with 'her'. Aku mengaku,aku dah jatuh hati, dah jatuh cinta dekat dia. Aku hormat dia mcm org lain. My best friend is my girlfriend. Haa, nampak tak tu. HAHA, bila kita dah kenal someone yg boleh diajak bersembang dan selalu ada disamping kita, secara zahirnya kita dapat lihat hubungan tu tak akan hanya sekadar kawan. Kalau boleh aku nak hubungan ni kekal sehingga ke akhir hayat. Ya Allah, kalau betul dia adalah jodoh aku, kau tetapkanlah dia dalam hati aku. Tidak ada yg boleh pisahkan kami melainkan dari kehendakMu sendiri ya Tuhan. Alang-alang dah menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang aku dah bercinta, biarlah sampai aku kahwen. InysaAllah, sampai ke syurga cinta kita. Aminn. :)

Aku nak buat dia halal bagi diri aku. InsyaAllah,suatu hari nanti :) Sapa tak teringin nak kawen. Takkan la selamanya nk hidup bujang. HUHU, we must get a partner to be with in our daily life. Saat yang paling mendebarkan bg seorang lelaki sebelum dia bergelar suami apabila dia ingin menyambut akad dr wali bg perempuan tu. Fuh~ Dan saat yang paling bahagia bg seorang lelaki apabila dia sah menjadi suami kpd perempuan itu apabila dia dpt mencium dahi isterinya. ;) sangat manis tahu. HEHE, insyaAllah satu hari nanti. Another 5 years, pick up her from works then go to Secret Recipe. We eat together as husband and wife :) But now, let me finish my study first then we can talk a lot about this. Thats all. bye2 :)








Friday, September 14, 2012

Nafas Baru :)


Hey, assalamualaikum semua :) sempat jugak nk update blog ni. Maklumlah, dekat kolej sibuk memanjang sampai takde masa nk online pun. Tweet pun pakai fon. Hee :D

Okey, nafas baru tu tentang ape ye? Ada dua maksud. Firstly nafas lepas kita gosok gigi pagi2 tu kan, haa kan keluar nafas baru yg segar gila tu. Yang kedua, bila kita bangun dr kegagalan dan cuba buat sesuatu yg baru. Pergh! Keluarlah nafas baru dlm hidup :)

Okey, just want to story about my life at the college. Result UPS ritu baru keluar dan aku punya result is bad actually :

English- B,
Science Comp- B,
Chemistry- D
Physics- F!!!!! What the F! laaa woiii.


Hahaha, pointer pun berapa je pun. Then bila balik rumah parents tanya pasal result so I told the truth. Tak baik menipu k. My mom get worry about my study. Hmm, sorry mom. Next time I'll do better than this! :) Yela, mak mana tak risau pasal anak dia kan. Dah la stadi dekat matrik. Setahun je kot masa yg aku ada nk pulun semua. Muiz,muiz. Hari first aku dkt KMPk ada senior aku yg lepas dah nasihat, jgn malas sgt. Hidup matrik ni kena rajin. Bayangkanlah dia ckp, siapa yg rajin dialah yg berjaya. Haa,nampak tak tu. So aku pun kena la rajin starting from now. Sedarlah muiz. Masa depan kau tak tentu lagi ni. Mcm mana nk bina hidup dgn bini aku nti kalau dkt matrik pun da sangkut.

Hidup aku busy gila weh. Sumpah penat. Petang tu ada train bola lg. Haa,ni nk gtau ni. Dah 3 kali match friendly, alhamdulillah semua game tu kami menang. Sebab bola jugak la aku tak boleh fokus. aku banyak main doh. Hmm,sampai membe aku pun tegur, "ang mmmg nk main bola terus ke dlm hidup". Gila ke apa punya soalan. Haa,aku pun jwb yg aku just main bola suka-suka. Pelajaran lg penting kan. Kalau tak mmg tak dpt la kerja bagus kan. Acane nk duk dlm office yg ber-aircond pe sume tu kan kalau asyik duk ingat main je. MUIZ,sedar sikit. Masa depan dkt tgn kau.

Dah sedar kan, okay. Ada lg 5 minggu sebelum PSPM. Aku kena cover semua stadi aku. Bola tu letak tepi dulu. Main waktu petang, malam kena stadi. Pasal benda lain tu err. Just focus dulu la stadi. Haih, jaga hati tu elok-elok. Kalau tak bersedia jgn terburu-buru. Biar masa yg menentukan segalanya k. Tipu la kalau aku takda hati dkt seseorang. Just taknak la benda ni kacau dulu. Ada masa kita kena fikir soal hati. Tapi ada masa kita kena berhenti mencari. Cinta itu akan datang sendiri. Percayalah. Hahaha,ingat pulak dkt dia tanya pasal tu. Okey stop :P

Sampai sini je la. Haha,k bye. Salam, off! :)

Friday, August 24, 2012

Raya dan Sesuatu :)

Hai :D Assalamualaikum semua:) Alhamdulillah,sempat lagi aku nk post something dlm blog ni. Haha,its about my ‘raya’ tahun ni. Tahun ni punya raya tersangatlah best. Tapi ada juga yg tak best. Aku share dlm ni je la. Enjoy :D


Ni gambar family saya :) I love them very much :D

Hari raya pertama aku beraya dekat rumah sedara belah bapak aku. Haritu agak penat sebab dari pagi tu berjalan sampai ke tengah malam. Pagi tu mula-mula mcm biasa la makan-makan pe sume then minta maaf dengan parents. Waktu salam nk minta maaf tu rasa sedih sangat2 sbb dah besarkan so teringatlah dosa-dosa yg dah aku buat dkt mak bapak aku dulu. Sudah berapa kali aku duk kecewakan depa. I’m sorry ma,pa. Mengalir air mata aku pagi raya tu. Huhu :’(

Then solat Hari Raya Aidilfitri. Lepas tu barulah aku dgn family gerak pegi Trolak. Dlm dua jam cmtu dah sampai rumah sedara. Belum sempat aku makan sikit pun kuih raya dekat rumah tu,mak aku dpt call dr mak sedara aku blah mak aku yg atuk sedara aku meninggal pagi raya tu. So sad :( Okey,nk buat mcm mane, takdir sudah menentukan segalanya. Yang pergi tetap pergi meninggalkan kami disini. Hidup perlu diteruskan walau macam mana keadaan sekalipun. After Trolak, next destination is Kuala Lumpur. Huh, it was a long journey. Dah sampai KL,raya mcm biasa. Okey,sampai rumah pun tengah mlm,sempat juga la aku text dia. Bedtime story wajib kot sebelum tidur. Kalau tak, tak lena tidur aku :P

Raya kedua duduk rumah je tunggu orang dtg beraya. Raya kedua ni pun penat juga sebab kena layan banyak gila tetamu yang dtg. Tak kesah la nk dtg pun,nama pun beraya kan. Then esoknya pun sama sampailah hari raya keempat. Hari raya kelima barulah aku beraya dgn kawan2. Pagi tu aku dgn anak Ismail (Hafiz) bersiap nk gerak pegi Gopeng,rumah Cik Mazrina. Pagi tu juga aku drive nk pegi rumah Cik Mazrina ni :). Haha. Dia tua setahun dari aku. Alhamdulillah, sampai juga hajat nk dtg beraya rumah dia. Huhu. Lepas beraya tu kami berdua gerak pergi Taiping. Yang ni perjalanan dia bapak jauh. Aku yg drive ni sampai dah tak larat kot. Sampai Taiping okey lagi la, ni nak pegi Selama tu. Tempat dia ya Allah,pedalaman sungguh -.- Taubat,lepas ni tanak pegi dah. Sekali sekala tu okey la kan,nk pi selalu mintak maap le. Teman tak lalu dah. Akhirnya sampai juga rumah awek Hafiz dekat Selama tu. Ha, dia ape lagi,bkn main syok. Aku la yg bnyk diam,taktau nk sembang ape. -.-

Okey,then lepas tu pegi raya rumah kawan aku (Rubi Hasman). Mcm kakak pun ada sebab tua setahun je dr aku. Dekat Selama juga,nasib baik rumah dia dekat je dgn rumah awek Hafiz tu. Yeayh,yg dekat sini best la sbb aku tak penah smpai pun rumah dia,tapi Alhamdulillah sampai juga. Huhu,terharu kot. Dia yg ajak datang beraya rumah dia. Haa, so aku perkenankanlah hajat dia. Dah berapa tahun tak jumpa. Yg paling syok bila dpt jumpa dengan Yus,kapten bola sekolah masa aku form4 dulu. Haha kebetulan Yus mai dtg rumah Rubi nk beraya sekali. Alhamdulillah la dpt jumpa semua waktu raya tu. Huhu.

Dlm setengah jam dekat rumah Rubi, kami pun gerak pi Taiping. Nk jumpa batch aku dulu. Ramai juga yg kuar pegi beraya. Tapi kebanyakannya sume boys. Girls? Alahai sikit sangat. Depa dah pi beraya rumah 2 org cikgu. Aku tak sempat nk ikut,tp last rumah cikgu yg depa dtg beraya aku sempat ikut. Haha,dah lama kot tak jumpa kawan2 sume tu. Rindu gila. Alhamdulillah,sempat juga dtg beraya rumah cikgu. Dapat jumpa kawan-kawan lagi. Huhu. Malam tu kami lepak dkt Taiping Sentral sat,depa nk tgk movie tp aku tak join la. Movie mesti habis lmbat punya. Aku nk smapai rumah mesti tengah mlm. Tanak la drive tenga mlm,takut. Dah lah jauh,jalan sunyi pulak tu. Ha,akhirnya aku smpai rumah pukul 12 cmtu. Alhamdulillah,sampai dengan selamatnya. :)


Ni gambar masa raya dekat rumah Cikgu Zahari.
Sume membe2 dah hensem2 belaka. Cewah :P

Sesuatu yg dirasa. Apa dia eh? Hmmm, entahlah,aku pun taktau nk ckp ape. Hidup ni kadang-kadang tak lengkap tanpa sesuatu yg perlu mcm cinta. Okey bye :P Nanti hidup tu kosong. Perlu diisi juga sebenarnya. Dont hope to much,it will hurts so much. Biar kita berkawan dulu. Berkawan biar beribu berkasih biar satu. Setia pada yg satu okeyy. :D Cinta platonik akan terjadi dgn sendirinya bila hubungan kawan tu rapat dan timbul rasa cinta diantara satu sama lain. Akan nampak lebih comel dan bertahan lebih lama sebab kita sudah kenal pasangan kita.


Gambar ni errr nampak comel. Sorry bos,sye ambil awk punya :DD

Sampai disini saja. Assalamualaikum.

Saturday, August 18, 2012

Hari Raya dan EPL :)

Hai,salam semua. Malam ni malam raya. So ada masa ni aku sempat update sikit je la k. Nanti lain masa aku update lain k.

Perginya Ramadan dengan penuh rasa keinsafan dlm diri. Isk,isk,isk :'( Sedih sebab bulan puasa dtg sekali dlm setahun ja. Pejam celik pejam celik esok dah nak raya. Hurm,cepat nya masa berlalu.

Okey,nk share. Raya aku tahun ni biasa-biasa je. Erm,tak macam tahun2 sebelum ni. Entahlah,nk raya sakan pun tak juga. Sebab dah besar,raya tu mcm sambut ala kadar mcm tu jela. Kalau dulu kecik-kecik boleh lah raya sana sini nk kutip duit raya bebanyak pastu melabur kt benda2 yg kita suka. Raya tahun ni kosong. Bagi aku KOSONG. Sebab takda org nak raya dgn aku. Mengada betul aku ni,sampai nk raya pun kena ada teman. -.-. Eh,biarlah kat aku. Haha. Tak,actually sebelum ni biasa kena teman,so takde teman kurang meriah la raya aku.

Pengajaran yg boleh dibuat,aku kena belajar berdikari seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Mungkin akan datang ada yg terbaik dlm hidup aku. Masa tu aku harap aku boleh terus tersenyum gila-gila mcm orang gila. Eh,tak2. Bukan mcm org gila. -.-. Hurm,okey. Serius balik.

Tengah-tengah dok raya ni datang pula musim bola. Waaaaa,memang aku sangat suka la kan. Sorry,saya kaki bola. Awk tak kesah kan kawan dgn kaki bola ni? Huhu :P Eh,bola malaysia tak best. Kita layan EPL la bro. Haa,bg peminat Manchester United,harap sabar eh. Walaupun team kita gempak,tapi kita tak boleh over confident. Hoho :)

K laa,selamat hari raya,maaf zahir dan batin.
Jikalau ada perbuatan aku yg tersakitkan hati,
Jikalau ada perlakuan yg tak menyenangkan hati,
Jikalau ada percakapan yg kurang senang di dalam hati.
Atau pape jela(malas nk tulih). haha :P
Aku minta maaf sangat2. Harap diampunkan ye. 0-0.




Tuesday, July 31, 2012

Disebalik Wajah yg Tersenyum


Bismillahirrahmannirrahim.
InsyaAllah,akan aku coretkan sebaik mungkin post ni.

Setiap hari aku dengar pelajar kolej ni merungut. Setiap masa pasti ada yang rasa tak puas hati dengan apa yang mereka hadapi. Contohnya,assignment berlambak-lambak, bertimbun-timbun, lepas tu pula dengan sistem belajar dekat sini yang padatnya lagi. Dari pukul 8 pagi sehinggalah pukul 4 petang,perkara dan rutin harian sama yg berlaku kepada kami dari hari Isnin sehinggalah Khamis. Jumaat kuliah dan tutoran berhenti sampai pukul 12 je. Hari Jumaat tu relaks lagi la. Memang penat,sampaikan otak ni tak cukup nak berehat. Ya,mungkin ada yang cakap, hidup dekat matrik ni susah. Memang aku akuinya sendiri. Tapi kalau kita ikut betul-betul,matlamat dan prinsip yg kita pegang sentiasa kita patuh,insyaAllah kita dapat apa yang kita mahukan.

Kita memang tak selalu dapat apa yg kita inginkan,tapi kita harus kejar apa yang kita mahukan. Corakkan hidup kita dengan pelbagai benda yang boleh buat kita tersenyum. Kadang-kadang manusia ni memang tak tahan diuji. Akan sentiasa ada airmata yang menemani mereka,terutama bagi kaum hawa. (TENSIONable). Akan tetapi,kita harrus ingat, Tuhan itu maha adil. Dia takkan menurunkan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya. Setiap ujian yang dihadapi oleh manusia di muka bumi ini berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Seharusnya kita kena sentiasa berfikiran positif. Jangan cepat mengeluh, anggaplah kita pernah melaluinya suatu masa dulu dan kita berjaya tempuh nya. Kena fikir,orang lain boleh berjaya,kenapa aku tidak? Buktikan kemampuan kita setanding dengan mereka yg berjaya. Bukan tak boleh, tapi BOLEH. Cuma kita saja. Malas sangat. Aku pun sama malas. -.-

Ya,memang betul. Manusia bukannya robot. Memang takkan boleh buat perubahan secara drastik. Tapi sedikit demi sedikit kita berubah,maka perubahan besar akan berlaku dalam diri kita sendiri. Cuba bayangkan,kalau orang yang selalu hisap rokok,dia selalu beli 10 kotak rokok sebulan. Lama kelamaan,dia akan kurangkan 10 kotak rokok kepada 1 kotak. Hari bersilih ganti,1 hari tu dia cuma dapat hisap satu batang rokok je. Dan hari esoknya takda rokok dah yg dihisap,melainkan lolipop ke,choki-choki or pape jela kan. Itu contoh je. Tak kisah lah sape nk terasa pun tapi benda betul. Orang yg tak matang akan marah aku lepas ni. Memang lah betul sape aku nk tegur tu dan ini. Aku cuma sampaikan. Tak perlulah sampai nk marah-marahkan. Haa,cool and steady la.

Manusia tak selalu duduk dekat atas,ada masa dia berada di bawah. Tuhan maha adil. Kadang-kadang kita jatuh,dan Dia mahu lihat kita bangun terus. Bukan duduk lagi merenung kisah silam yang tak berguna. Orang yang tak pernah ada perubahan dalam diri dia adalah orang teramat lah rugi. Nampak tak ape yang cuba aku sampaikan? Ha,maksunya dia tak boleh nak bangun sendiri untuk berjaya. Orang tu cuma mengaharapkan ada orang lain untuk bantu dia dalam memabangunkan diri dia sendiri. Come on pepople,wake up!!. Its not the time to make a dream. Let we make our dreams come true. Berusaha sendiri. Umur dah meningkat dewasa. Seharusnya ada semangat untuk melihat diri kita berjaya.

Ada manusia yang selalu tersenyum. Dia terus tersenyum dan senyum. Riak wajah dia tak menunjukkan apa yang ada disebalik senyuman tu. Ya,kadang-kadang aku pun sama. Berpura-pura menyembunyikan masalah yang ada dalam diri aku dari diketahui orang dengan hanya melemparkan senyuman palsu. Kadang-kadang hati aku pun pernah menangis,sampai kita tak sedar ianya jadi parah. Lalu jadi lah macam-macam. Stres ape semua tu bagai. Tapi dalam diri setiap manusia akan ada satu sikap yang ingin membawa mereka maju ke hadapan. setiap pagi bila aku bangun pagi dan terus ke shower,aku akan fikir harini akan ada sinar dalam hidup aku. Cuma kita tinggal nak gilap sinar itu. Haa,maka akan terkeluarlah sinar senyuman yang sebenar. Tak main tipu-tipu dah. Motivasikan diri kita,hari ini lebih baik dari hari semalam. Ya,kita yang patut mencorakkan segala nya. Okay? hehe,tu jelah nk cakap.

Dah,nak siap-siap pegi kolej. Lain masa aku update lain. Thanks sebab sudi baca. :)
Assalamualaikum.